by CAHAYA PURNAMA
Lailatul Qadar
‘Lailatul Qadar (Arab: لیلة القدر)
adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadan. Ayat al-Qur’an yang
pertama dipercayai diturunkan pada malam ini. Malam ini disebut di dalam
al-Qur’an dalam surah Al-Qadr, dan diceritakan lebih baik daripada seribu
bulan.
Saat pasti berlangsungnya malam
ini tidak diketahui namun menurut beberapa hadis, malam ini jatuh pada 10 malam
terakhir pada bulan Ramadan, tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam
ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29. Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ia
berlaku pada malam genap seperti malam 24 Ramadan. Walau bagaimanapun, antara
hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam
khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Sebahagian Muslim biasanya berusaha
tidak melewatkan malam ini dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam
terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam.
LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN
10 akhir Ramadhan adalah
merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang
tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh
seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar
mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang
diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya
firman Allah s.w.t.
Maksudnya: “Sesungguhnya kami
menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau
mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan.
Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan
mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar”.
Sebab turun surah al-Qadr
Lailatulqadar mempunyai
kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab
diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun
ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada
Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan
Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan
ayat di atas.
Riwayat yang lain pula dari Ali
bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang
telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka
kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang
memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik
dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada
Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan
Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.
Daripada ayat di atas dapatlah
kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam
lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w.
menyebut
Maksudnya: “Rasulullah
bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang
lainnya”
Rasulullah s.a.w. melakukan
ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda
menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: “Nabi s.a.w. apabila
masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam
dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah.
Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah.”
Kelebihan Menghayati Malam
Lailatulqadar
Kerana mulianya Lailatulqadar,
Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati
malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan
di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: “Barangsiapa
menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis
ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya
ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi
contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang
akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai
amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu
hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: “Biasanya Rasulullah
s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10
malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain.”
Dalam hadis yang lain Aishah
juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan
bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang
ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam yang ganjil yang
tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada
itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu
pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah
juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa
baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya
mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda
menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan
di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu
berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam
yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam
Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam
menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana
dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula
rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di
dunia mahupun di akhirat.
Doa-malam-lailatul-Qodar-
Doa khusus di Malam
Lailatulqadar
Doa tersebut diterangkan di
dalam hadis berikut
1. Hadis yang diriwayatkan
daripada Aishah r.a.
Maksudnya: “Saya pernah
bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam
Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda
menjawab berdoalah dengan doa yang berikut”
Maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku
sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan
oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan
oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa
Orang yang beribadah pada 10
malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di
dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu
malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang
tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan
mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan
tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih
riwayat Bukhari dan Muslim ialah:
1. Menghayati malam tersebut dengan
beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa
malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal
ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan
kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
Adalah diharapkan sebelum
daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat
dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh
mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.
Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak r.h.
menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
– Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar
ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok
yang gelap gelita.
– Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan
kata-kata yang lain dari Malaikat.
– Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk
pohon-pohon kayu rebah sujud.
– Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam Tabari r.h. memilih kaul
yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat
melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk
menemui malam Lailatulqadar.
MALAM LAILATUL-QADAR
Malam Lailatul-Qadar sunat
dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai
kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah
sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T.
berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya:
” Malam Lailatul – Qadar lebih baik daripada seribu malam
“
Ertinya menghidupkan malam
Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah
pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya:
” Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman
serta
mencari pahala yang dijanjikan
akan mendapat pengampunan daripada
dosa-dosa yang telah lalu “
Diriwayatkan daripada
Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir
bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi
rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim
meriwayatkan:
Maksudnya:
” Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam
malam-malam sepuluh
akhir Ramadhan melebihi
usahanya daripada malam-malam lain. “
Malam Lailatul-Qadar berlaku
pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
” Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan
Ramadhan
dalam malam ganjil. “
Pendapat yang terkuat mengikut
para ulama’ bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut
Abu Ka’ab katanya, “Demi Allah sesungguhnya ibn Mas’ud telah meyakinkan bahawa
malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula
terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam
yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya.” Daripada
Riwayat Mu’awiyah:
Maksudnya:
” Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam
lailatul-qadar
iaitu malam ke-27. “
Riwayat ini disokong oleh
pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan.
Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya
kepada Lailatul-Qadar.
Imam Ahmad telah meriwayatkan
sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:
Maksudnya:
” Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah
mencarinya pada malam
yang ke-27, carilah kamu malam
Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. “
Aisyah r.a. bertanya kepada
Rasulullah, katanya, “Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati
malam Lailatul-Qadar, apakah
doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:
Maksudnya:
” Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu
berilah
keampunan-Mu untukku. “
mencari-malam-lailatul-qadar
ANTARA TANDA-TANDA LAILATUL
QADAR
Lailatul Qadar merupakan satu malam yang
mempunyai kelebihan lebih seribu bulan yang lain. Ini dapat kita lihat daripada
apa yang telah dinukilkan oleh Allah di dalam al-Quran dalam surah al-Qadar.
Begitu juga dengan apa yang telah diberitahukan oleh Rasulullah S.A.W dalam
beberapa hadis yang sohih. Kita disuruh untuk menghidupkan malam lailatul qadar
dan tidak membiarkannya berlalu begitu saja. Rasulullah S.A.W telah bersabda
dalam hadis muttafaq ‘alaih daripada Abu Hurairah yang artinya : Sesiapa yang
menghidupkan malam lailatul qadar penuh keimanan dan keikhlasan akan diampun
baginya dosa yang telah lalu.
Menurut imam Fakhrurrazi bahwa
Allah menyembunyikan malam lailatul qadar dari pengetahuan kita sebagaimana Dia
menyembunyikan segala sesuatu yang lain. Dia menyembunyikan keredhaanNya pada
setiap ketaatan sehingga timbul dalam diri kita keinginan untuk melakukan semua
ketaatan atau ibadat itu. Begitu juga Dia menyembunyikan kemurkaanNya pada
setiap perkara maksiat agar kita berhati-hati dan menjauhi segala maksiat dan
tidak memilih antara dosa besar dan kecil untuk melakukannya kerana dosa kecil
jika terus dilakukan secara berterusan akan menjadi dosa besar jika kita tidak
bertaubat dan berusaha meninggalkannya.
Dia menyembunyikan wali-waliNya
agar manusia tidak terlalu bergantung kepada mereka dalam berdoa sebaliknya
berusaha sendiri dengan penuh keikhlasan dalam berdoa untuk mendapatkan sesuatu
daripadaNya kerana Allah menerima segala doa orang yang bersungguh-sungguh dan
tidak mudah berputus asa. Dia menyembunyikan masa mustajab doa pada hari Jumaat
supaya kita berusaha sepanjang harinya. Begitulah juga Allah menyembunyikan
penerimaan taubat dan amalan yang telah dilakukan supaya kita sentiasa
istiqamah dan ikhlas dalam beramal dan sentiasa bersegera dalam bertaubat.
Demikianlah juga dengan
penyembunyian malam lailatul qadar agar kita membesarkan dan menghidupkan
keseluruhan malam Ramadhan dalam mendekatkan diri kepadaNya bukan hanya sekadar
menunggu malam lailatu qadar sahaja untuk beribadat dan berdoa.
Tetapi inilah penyakit besar
yang menimpa umat Islam yang menyebabkan malam-malam Ramadhan lesu kerana
mereka hanya menanti malam yang dianggap malam lailatul qadar sahaja untuk
beribadat. Kerana mengejar kelebihan lailatul qadar yang mana kita tidak
mengetahui masanya yang tertentu menyebabkan kita terlepas dengan kelebihan
Ramadhan itu sendiri yang hanya datang setahun sekali.
Antara tanda-tanda dalam
mengetahui malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :
1. Abi Ibnu Ka’ab telah
meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar
yang artinya : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu
bercahaya (suram). – Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa –
2. Telah diriwayatkan daripada
Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang artinya : Sesungguhnya
tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya
bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada
ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya
matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam
purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. –
Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit –
3. Dalam Mu’jam At-Tobarani
Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa’ daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda
yang artinya : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak
berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan
daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).
4. Telah meriwayat Al-Barraz
dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang
artinya : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.
Qadhi ‘Iyad telah mengatakan
ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:
1) Ia merupakan tanda
penciptaan Allah SWT.
2) Menunjukkan bahawa kerana
terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan
mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan menghalangi matahari dan
cahayanya.
Daripada hadis-hadis di atas
bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul qadar ialah :
a. Pada malamnya keadaan bersih
dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.
b. Malamnya tenang yang mana
terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.
c. Malamnya tidak turun hujan
dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.
d. Pada siangnya pula matahari
terbit dalam keadaan suram.
faktor-mencari-lailatul-qadar
Tanda-Tanda Malam Lailatul
Qadar
Diantara kita mungkin pernah
mendengar tanda-tanda malam lailatul qadar yang telah tersebar di masyarakat
luas. Sebagian kaum muslimin awam memiliki beragam khurafat dan keyakinan
bathil seputar tanda-tanda lailatul qadar, diantaranya: pohon sujud,
bangunan-bangunan tidur, air tawar berubah masin, anjing-anjing tidak menyalak,
dan beberapa tanda yang jelas batil dan rosak. Maka dalam masalah ini keyakinan
tersebut tidak boleh diyakini kecuali berdasarkan atas dalil, sedangkan
tanda-tanda di atas sudah jelas kebatilannya kerana tidak adanya dalil baik
dari al-Quran ataupun hadis yang menjelaskannya. Maka bagaimanakah tanda-tanda
yang sebenar berkenaan dengan malam yang mulia ini ?
Nabi sollallahu’alaihi wa
sallam pernah menggambarkan kita di beberapa sabda beliau tentang
tanda-tandanya, iaitu:
1. Udara dan suasana pagi yang
tenang
Ibnu Abbas radliyallahu’anhu
berkata: Rasulullah sollahu’alaihi wa sallam bersabda:
“Lailatul qadar adalah malam tentram dan tenang, tidak
terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya sang suria terbit
dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadist hasan)
2. Cahaya mentari lemah, cerah
tak bersinar kuat keesokannya
Dari Ubay bin Ka’ab
radliyallahu’anhu, bahwasanya Rasulullah sollahu’alaihi wa sallam bersabda:
“Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga
tinggi tanpa sinar terang” (HR Muslim)
3. Terkadang terbawa dalam
mimpi
Seperti yang terkadang dialami
oleh sebagian sahabat Nabi radliyallahu’anhum
4. Bulan nampak separuh bulatan
Abu Hurairah radliyallahu’anhu
pernah berkata: Kami pernah berbincang tentang lailatul qadar di sisi Rasulullah
solallahu’alaihi wa sallam, beliau berkata,
“Siapakah dari kalian yang masih ingat tatkala bulan
muncul, yang berukuran separuh nampan.”(HR. Muslim)
5. Malam yang terang, tidak
panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang .
Sebagaimana sebuah hadit, dari
Watsilah bin al-Asqo’ dari Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam:
“Lailatul qadar adalah malam yang terang, tidak panas,
tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak
ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi syaitan)”
(HR. at-Thobroni dalam al-Mu’jam al-Kabir 22/59 dengan sanad hasan)
6. Orang yang beribadah pada
malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan
bermunajat kepada Rabb-nya tidak seperti malam-malam lainnya.
Wallahua’lam
SUMBER- http://cahayapurnama.com/fadhilat-malam-lailatul-qadar-kelebihan-dan-tanda-tandanya/
No comments:
Post a Comment