Oleh MALINDA ABDUL MALIK dan
NOOR SYAHIDATOOL AQMA MOHD. NOOR
SUASANA sekitar Plaza Low Yat
yang kembali normal apabila orang ramai mula membanjiri ruang legar dan kedai
selepas ditutup sejak semalam ekoran berlaku provokasi baru baru ini.
KUALA LUMPUR – Enam lagi
individu termasuk pemimpin sebuah badan bukan kerajaan (NGO) diberkas bagi
membantu siasatan berhubung insiden rusuhan di Plaza Low Yat di sini.
Enam tangkapan dibuat semalam
menjadikan individu yang ditahan berkaitan kes rusuhan yang tercetus sejak
Sabtu lalu meningkat kepada 25 orang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah
Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, suspek pertama yang merupakan
seorang anggota polis bantuan ditahan pukul 1 pagi di Jalan Persiaran Pusat
Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), manakala suspek kedua ditahan di Ibu Pejabat
Polis Daerah Dang Wangi pada 11.30 pagi.
Menurut beliau, susulan itu
polis menahan empat jurujual telefon bimbit di tingkat bawah Plaza Low Yat pada
pukul 4 petang.
Zainuddin memberitahu, kesemua
individu yang berusia 19 hingga 43 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan
berhubung kejadian rusuhan.
“Daripada 25 tangkapan, 23
suspek ditahan kerana merusuh dan masing-masing satu tangkapan kerana mencuri
telefon bimbit dan menghasut,” kata beliau dalam satu kenyataan akhbar di sini
semalam.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0715&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3fuX8DFHh
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment