Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
ZESH REHMAN
PAHANG berjaya menamatkan rekod
cemerlang Selangor apabila menewaskan juara 32 kali Piala Malaysia itu buat
kali pertama sejak 2011 selepas mencipta kemenangan 3-1 pada aksi Liga Super di
Stadium Shah Alam malam tadi.
Apa yang pasti, kejayaan skuad
Tok Gajah juga menyaksikan rekod cemerlang skuad Gergasi Merah di laman sendiri
ke atas Pahang juga lebur selepas kali terakhir pasukan bimbingan Zainal Abidin
Hassan memenangi aksi Liga Super 2-1 di Stadium Shah Alam pada 4 Februari 2006.
Pada aksi malam tadi, skuad
kendalian Mehmet Durakovic membuka tirai jaringan seawal minit kelima menerusi
tonggak pertahanan import, Robert Cornthwaite.
Tersentak dengan jaringan
tersebut, Pahang kembali mengatur gerak dengan mengasak benteng pertahanan
Selangor tetapi keputusan 0-1 kekal sehingga aksi separuh masa pertama.
Bersambung di babak kedua
permainan, skuad Tok Gajah berjaya memecah kebuntuan 45 minit pertama apabila
pemain pertahanan Pahang, Zesh Rehman berjaya menyamakan kedudukan pada minit
ke-52.
Berselang tujuh minit kemudian,
penyerang sensasi Argentina, Matias Conti berjaya memastikan Pahang berada di
depan apabila meledak gol kedua skuad Tok Gajah.
Perancang Pahang, Mohd. Hafiz
Kamal turut melakar nama selaku penjaring apabila meledak gol ketiga Tok Gajah
pada minit ke-70 sekali gus ke keputusan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan.
Pahang terus kekal sebagai
pendahulu Liga Super dengan kelebihan 30 mata selepas beraksi 14 perlawanan
diikuti rapat oleh pencabar terdekat, Johor Darul Takzim (28 mata) yang berjaya
menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2-1 di Stadium Tan Sri Haji Hassan
Yunos, Larkin dalam aksi yang sama.
Selangor pula tergelincir di
tangga keempat selepas Perak (27 mata) mengambil alih posisi ketiga Liga Super
sebaik The Bos Gauros menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-1 di Stadium
Perak.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0705&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz3f1LJtoGh
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment