Ad

Saturday 6 July 2019

BADMINTON SUMBANG GANGSA OLIMPIK BARCELONA 1992.


(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 93)
Saya minat sukan dan berazam menjadi blogger sukan sejak tahun 1977, ketika itu baru berusia 13 tahun. Pada tahun 1992 saya mengikuti perkembangan sukan badminton kerana meminati anak-anak Haji Sidek Misbun Sidek, Razif Sidek, Jailaini Sidek, Rahman Sidek  dan Rashid Sidek. Semasa Sukan Olimpik Barcelona Razif dan Jailani menyertai acara beregu lelaki. Manakala Rashid Sidek menyertai acara perseorangan lelaki.
Pada 25 Julai - 9 Ogos – Atlit Malaysia bertanding di Sukan Olimpik 1992 di Barcelona, ​​Sepanyol.Dalam sukan badminton, pemain beregu lelaki Badminton Malaysia, Razif Sidek dan Jalani Sidek berjaya memenangi pingat gangsa pertama pada temasya ini.

Menurut Jalani yang bergandingan dengan abangnya (Datuk Razif dalam acara badminton beregu lelaki mengakui, Barcelona 92 terlalu istimewa bukan sahaja kerana dia berjaya menghadiahkan pingat Olimpik pertama Malaysia tetapi menemukannya dengan ramai bintang dunia.
“Sudah tentu membawa pulang pingat memberi kami kegembiraan, tetapi sebenarnya kami tidaklah terlalu puas hati.

“Kami mengharapkan untuk mencatat keputusan lebih baik, sayangnya lawan kami di separuh akhir (Kim Moon Soo-Park Joo Bong) sangat hebat.

“Biarpun gangsa tak cukup memberi kepuasaan tetapi Olimpik sendiri menghadirkan satu perasaan luar biasa,” kata Jalani.[1]


[1] http://www.utusan.com.my/sukan/8216-memori-barcelona-92-terlalu-indah.

No comments:

Post a Comment