(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 108)
Kenangan 8 November 1992 Rambut
awie san Amr Search kena gunting oleh
Tok Mat.Walaupun sepanjang dua tahun ‘berdegil’ tidak mahu memendekkan rambut
dan penampilan mereka diharamkan oleh kerajaan, Awie berkata, perkara itu tidak
memutuskan rezeki mereka. Katanya, mereka masih mampu menjana pendapatan
melalui undangan persembahan di fun fair dan pesta-pesta yang rata-ratanya
dihadiri ribuan peminat.
Namun mengorbankan identiti bukan
sesuatu yang mudah. Sisipan Mingguan Malaysia, Panca pada 8 November 1992
melaporkan, Amy dan Awie menangis selepas dipotong rambut pada upacara itu.
Gambar mereka berpelukan sambil menangis yang dibidik jurugambar, Jefri Iran
juga dipaparkan.
Wartawan terkenal, Juwie
melaporkan, Amy berasa sedih kerana dia sudah 10 tahun membela rambut tersebut
dan menganggap imej tersebut sebagai satu daripada perjuangan mereka selama
terlibat dalam bidang seni.
Penampilan kedua-dua kumpulan itu
selepas memotong rambut masih ada imej rock kerana syarat kerajaan ketika itu,
rambut lelaki tidak boleh panjang melepasi paras bahu. Rambut mereka masih
panjang dan muzik mereka masih pekat irama rock.
Cuma selepas peristiwa itu,
populariti mereka tidak lagi sehebat dulu. Genre lain seperti balada juga sudah
mula mendapat tempat di hati peminat. Di Barat pula, muzik hip hop perlahan-lahan
mengumpul pengaruh.
Search dan Wings turut merasai
kesuraman muzik rock sehingga Amy dan Awie masing-masing mula mengatur langkah
membina kerjaya secara solo. Amy tampil dengan album solo pertamanya, Magic
pada 1994 dengan imej botak manakala Awie juga menghasilkan album solo berjudul
Awie pada tahun yang sama.[i]
[i] https://www.utusan.com.my/80-tahun-utusan/utusan-rakam-sejarah/rockers-menangis-rambut-dipotong-menteri-1.874451
No comments:
Post a Comment