SHAH ALAM - Para peminat dan
pemerhati bola sepak negara mungkin akan memperlihatkan satu perbezaan ketara
di dalam corak permainan Harimau Malaya apabila pengendali baharu, Dollah
Salleh menjanjikan akan ada satu perbezaan ketara dalam corak permainan skuad
negara.
Selepas ini, tiada istilah
corak permainan bertahan akan disaksikan daripada pasukan negara sebaliknya
Dollah berkata, dia mahu setiap pemain mempunyai mentaliti 'menyerang' dalam
setiap perlawanan yang dilalui Harimau Malaya di pentas antarabangsa.
"Konsep yang mahu saya
tekankan kepada pasukan negara adalah cara permainan menyerang, saya tidak akan
pergi main sekadar untuk bertahan dengan mana-mana pasukan yang difikirkan
lebih kuat.
"Kita tidak mahu bila
lawan pasukan-pasukan tertentu, kita kena main bertahan dan itu bukan cara
saya, walaupun saya tidak nafikan dalam satu permainan ada masa kita kena
menyerang atau bertahan.
"Namun kita perlu seimbang
dalam soal ini, ada masa kita serang, kita serang kalau ada peluang dan ada
masa kita bertahan, kita kena disiplin dalam bertahan, itu falsafah saya,
" katanya yang ditemui pada rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Setiausaha
Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin di sini,
semalam.
Memperlihatkan senarai pemain
yang dipilih di bahagian serangan, Dollah tidak menafikan Safee Sali dan
Norshahrul Idlan Talaha masih merupakan dua penyerang terbaik negara, selain
tidak memperkecilkan keupayaan Mohd. Nor Farhan Muhammad dan Ahmad Fakri
Saarani.
"Dua pemain ini (Safee dan
Norshahrul) kalau diikutkan masih terbaik di posisi penyerang, selain Nor
Farhan dan Fakri yang tidak terlalu jauh dan dalam soal ini, saya rasa tiada
masalah untuk mendapatkan kesebelasan utama.
"Cuma persoalannya,
bagaimana mereka hendak memahami cara saya, itu sahaja yang saya bimbangkan
kerana waktu yang begitu singkat bagi mereka menjalani latihan di bawah
kendalian saya.
"Pengalaman pada pemain
mungkin memudahkan saya membuat perancangan cuma beberapa kelemahan terutama di
bahagian pertahanan kena diperkemaskan, ada kekurangan orang tidak perasan dan
saya telah terangkan kepada pemain," katanya.
Ditanya mengenai Brendan Gan,
bekas jurulatih PDRM itu tidak menafikan yang dia memang ada perancangan
memanggil pemain yang baharu sahaja mendapat kerakyatan Malaysia itu.
"Dia (Brendan) memang
dalam perancangan saya untuk diserapkan, selepas Tajikistan baharu saya akan
panggil dia bagi menghadapi perlawanan persahabatan yang akan datang,"
katanya.
Rujukan-
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140803/su_05/Bertahan-bukan-cara-Dollah#ixzz39RItC57V
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment