Ad

Wednesday, 6 August 2014

Ada hikmah di sebalik undian Piala AFF: Hamidin

Ada hikmah di sebalik undian Piala AFF: Hamidin
Oleh Sukhairi Thani | sukhairi@bh.com.my Cetak Emel Kawan
 Ada hikmah di sebalik undian Piala AFF: Hamidin
Ada hikmah di sebalik undian Piala AFF: Hamidin
Gambar fail menunjukkan skuad Harimau Malaya gagal mara ke final apabila tewas kepada Thailand 2-0 pada separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Supachalasi, Bangkok pada 13 Disember 2012.
Kuala Lumpur: Ketika ramai menganggap skuad kebangsaan berdepan misi sukar berikutan diundi satu kumpulan dengan finalis dua tahun lalu - Singapura dan Thailand - dalam saingan Piala Suzuki AFF semalam, tetapi tidak bagi Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.

Menurut Hamidin yang juga penolong pengurus pasukan, ada hikmah tersendiri di sebalik undian itu kerana secara tidak langsung ia memudahkan pergerakan penyokong untuk hadir memberi sokongan kepada skuad Dollah Salleh kerana mereka akan beraksi di Singapura dan bukannya di Vietnam.


“Kita kena ambil kesempatan ini dan saya lebih gemar sekiranya pasukan bermain di Singapura kerana memudahkan pergerakan seberapa banyak penyokong untuk hadir memberi sokongan kepada skuad negara di peringkat kumpulan di Singapura.

“Selain itu, ia memudahkan pergerakan pegawai kita sekiranya hendak dibandingkan ke Vietnam,” katanya yang menghadiri majlis undian itu di Hanoi, semalam.

Selain juara empat kali Singapura dan juga juara tiga kali Thailand, satu lagi slot dalam Kumpulan B bersama Malaysia ialah juara saingan kelayakan antara Brunei, Kemboja, Laos, Myanmar ataupun Timor Leste yang bakal berentap di Vientiane, Laos dari 12 hingga 20 Oktober ini.

Tahap tinggi
Mengulas mengenai undian, Hamidin berkata: “Walaupun Singapura adalah juara bertahan dan Thailand bekas juara, tapi apabila sampai masanya nanti kita perlu bijak melihat kelebihan yang akan kita dapat di Singapura nanti.

“Saya juga ada bercakap dengan pasukan lain di sini... Indonesia membuat persiapan di Sepanyol dan Itali, Myanmar juga berlatih di Sepanyol dan banyak pasukan lain yang menjalani latihan di luar negara.

“Namun apa yang mustahaknya, untuk membawa kejayaan pasukan kita ke final, misi itu bukanlah terletak di bahu Dollah Salleh sahaja, tapi membabitkan semua pimpinan FAM termasuk kelab, negeri dan penyokong.

“Dengan adanya sokongan ini, saya yakin pasukan akan sampai ke tahap yang tinggi bagi mencapai kecemerlangan. Usaha ini perlu dilakukan dari sekarang supaya pasukan dapat berada dalam keadaan bersedia nanti.”

Kejohanan dwi tahunan itu akan bermula pada 22 November ini dengan Malaysia pernah muncul juara pada 2010 di bawah bimbingan Datuk K Rajagobal.

Sumber-Berita Harian online 6.8.14

No comments:

Post a Comment