MOHD FIRDAUS YON &
SHAHIZATUL FARHA S ROSLI
29 Ogos 2014
Aksi pusingan pertama Piala
Malaysia antara JDT dan ATM di Larkin, 19 Ogos lalu berkesudahan seri tanpa
jaringan. Aksi pusingan pertama Piala Malaysia antara JDT dan ATM di Larkin, 19
Ogos lalu berkesudahan seri tanpa jaringan.
JOHOR Darul Ta’zim (JDT) yakin
mampu membawa pulang tiga mata penuh dengan menewaskan ATM di gelanggang lawan
dalam aksi Piala Malaysia 2014 malam ini.
Pengurus merangkap Ketua
Jurulatih, Bojan Hodak berkata, keyakinan itu bersandarkan pengalaman diraih
oleh kesemua anak buahnya ketika menentang The Gladiators dalam perlawanan
sebelum ini.
“Hasil daripada sesi latihan
yang dijalani, semua pemain menunjukkan prestasi yang bagus.
“Saya yakin jika pasukan mampu
memberikan persembahan terbaik diikuti kesungguhan pemain, kita mampu menang ke
atas ATM esok (malam ini),” katanya.
Hodak berkata, tiada sebarang
kecederaan di kalangan pemain buat masa ini dan ia memberi kelebihan kepada
pasukan untuk perlawanan menentang ATM.
“Selepas mengharungi perlawanan
sebelum ini saya masih berharap pasukan akan terus mencatat keputusan yang baik
bagi baki perlawanan peringkat kumpulan,” katanya.
Skuad Harimau Selatan kini
menduduki kedudukan teratas kumpulan C dengan mengumpul 10 mata hasil daripada
empat perlawanan.
No comments:
Post a Comment