KUALA LUMPUR: Datuk Nicol Ann
David mendapat suntikan bersemangat menjelang persiapan Sukan Asia, bulan depan
selepas gah menjuarai skuasy Terbuka Hong Kong, hari ini.
Pemain nombor satu dunia itu
menjulang mahkota kejuaraan itu buat kali kesembilan menewaskan pemain berbakat
baru dari Mesir, Nour El Tayeb 11-4, 12-10, 11-8 dalam final perseorangan
wanita di Pusat Skuasy Hong Kong.
Namun, laman sesawang Squash
Site melaporkan Nicol terpaksa bergelut sebelum dapat menewaskan lawan dalam
permainan tiga set itu.
"Hebat rasanya menang satu
lagi gelaran di Hong Kong," kata jaguh negara dari Pulau Pinang itu kepada
Squash Site."Nour sedang meningkat dan
tidak mudah menyerah, khasnya dalam set kedua apabila dia menekan saya.
"Saya terpaksa memberi
fokus kepada permainan dan bekerja keras untuk mengumpul mata dan menang
perlawanan."
Nicol berkata sekurang-kurang
dia dapat mencari penawar duka selepas kalah di Terbuka Malaysia, minggu lalu.
"Saya akan kembali ke
Malaysia dan kemenangan ini memberi semangat baru sebagai persiapan ke Sukan
Asia di Incheon nanti, kata pemain berusia 31 tahun itu.
Kejayaan Nicol sebelum ini di
Hong Kong adalah pada 2006, 2007, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 and 2013. -
Agensi
Datuk Nicol Ann David. - Foto
Goh Thean Howe
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE 1.9.14
No comments:
Post a Comment