Ad

Friday 15 August 2014

PAMERAN SEJARAH KEMERDEKAAN NEGARA

PAMERAN SEJARAH KEMERDEKAAN NEGARA SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN SKM JENGKA 2
OLEH- AHMAD YAAKOB.

Tahun ini merupakan tahun sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-57. "MALAYSIA Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta",  diumumkan sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-57.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata  tema itu dipetik daripada lirik lagu "Warisan" dipopularkan Allahyarham Sudirman Haji Arshad.Sambutan kemerdekaan tahun ini bermula dengan program Doa Untuk Malaysia pada 15 Ogos di Masjid Putra di sini, diikuti Kempen Kibar Jalur Gemilang dijadual dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 16 Ogos.

Kemuncak sambutan iaitu acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos manakala sambutan Hari Malaysia pula di Sarawak pada 16 Sept.

      Sempena sambutan kemerdekaan tahun ini saya meneruskan pameran Sejarah Kemerdekaan Malaysia buat kali kedua belas. Saya mula mengadakan pameran sempena sambutan Bulan Kemeerdekaan SMK Jengka 2 pada tahun 2002. Kini tradisi pameran ini telah masuk tahun kedua belas. Matlamatnya ialah untuk meningkatkan semangat cintakan negara, menhargai jasa tokoh-tokoh kemerdekaan negara dan membolehkan warga sekolah mengenali dan  menghargai jasa Tun Razak yang memainkan peranan penting dalam penubuhan Felda. Memandangkan SMK Jengka 2 terletak di wilayah Tiga Segi Jengka, maka saya perbanyakkan bahan pameran yang mempamerkan ketokohan Tun Razak sebagai Bapa Pembagunan Negara.
PROSES MENAMPAL BAHAN PAMERAN



 








No comments:

Post a Comment