Ad

Saturday 10 October 2015

5 juta sertai Hari Sukan Negara, cipta sejarah

SABTU, 10 OKTOBER 2015 @ 11:45 PM
5 juta sertai Hari Sukan Negara, cipta sejarah
KUALA LUMPUR: Hari Sukan Negara 2015 mencatat sejarah apabila menganjurkan 17,648 acara dalam masa sehari secara serentak di seluruh negara, kejayaan yang mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR). Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, lebih lima juta rakyat termasuk pelajar sekolah, orang kelainan upaya dan warga emas menyertai program julung kali diadakan bermula pagi tadi.

 "Saya ucapkan tahniah kepada semua yang terbabit. Sejarah ini memberi dorongan kepada kita untuk menganjurkannya dengan lebih baik lagi tahun akan datang. "Bukan senang nak selaraskan lebih 17,000 program. Semua dirancang dan dilaksanakan dengan baik," katanya kepada pemberita sewaktu Kejuaraan Mixed Martial Arts Malaysian Invasion di Stadium Putra, Bukit Jalil malam ini.

 Di majlis sama, Khairy turut menerima sijil pencapaian rekod itu daripada Pengurus Besar Malaysia Book of Records, Helilia Juana Hashim. Pada masa sama, Khairy juga menyarankan supaya seluruh rakyat meneruskan semangat kesukanan ini untuk menjadikan Malaysia negara bersukan.

"Mesej yang disampaikan Perdana Menteri...jangan hanya bersukan pada hari ini saja tetapi meneruskannya setiap hari dan jadikan hari ini sebagai langkah pertama," katanya. Beliau turut berbangga kerana Hari Sukan Negara turut disambut rakyat Malaysia yang berada di luar negara. - BERNAMA
Sumber: http://www.bharian.com.my/node/88040

No comments:

Post a Comment