KIM SWEE (kanan) dilantik FAM
sebagai jurulatih sementara Harimau Malaya selepas peletakan jawatan Dollah
Salleh awal bulan lalu.
BIARPUN masih awal untuk
menilai prestasi jurulatih sementara negara, Datuk Ong Kim Swee hasil dua
kemenangan berturut-turut di pentas antarabangsa, namun ada petanda positif
ditunjukkan skuad Harimau Malaya.
Pemain sudah mula berasa serasi
dibimbing pengendali dari Melaka itu setelah skuad negara menang 3-1 pada aksi
persahabatan menentang Laos dan mengalahkan Timor Leste 1-0 pada saingan
kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 di Dili, Selasa lalu.
Penyerang kebangsaan, Amri
Yahyah mengakui dia serta rakan-rakan ‘senang’ dan mudah untuk menerima corak
serta gaya permainan yang diterapkan oleh pengendali berusia 45 tahun itu.
Bagaimanapun, pemain Johor
Darul Takzim itu menyerahkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk
menentukan nasib Kim Swee sama ada dikekalkan atau sebaliknya.
“Setakat ini, jika dilihat
semua pemain selesa bersama Kim Swee. Pemain-pemain juga dapat menerima corak
latihan yang diterapkan,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur sejurus tiba dari Dili kelmarin.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1016&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz3okNeA7oc
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment