JUMAAT, 17 FEBRUARI 2017 @ 9:20
PM
Oleh Attirmidzie Rahman
bhsukan@bh.com.my PRESIDEN Kelab Penyokong The Red Warriors (TRW) Kota Bharu,
Mohd Zainy Zain. - Foto Norizuan Shamsuddin
KOTA BHARU: Ketiadaan tiga
tonggak utama pasukan Kedah mampu memberi kelebihan kepada tuan rumah, Kelantan
bagi meraih kemenangan menjelang aksi Liga Super di Stadium Muhammad IV, di
sini, malam esok.
Presiden Kelab Penyokong The
Red Warriors (TRW) Kota Bharu, Mohd Zainy Zain, berkata anak buah Zahasmi
Ismail mampu mencipta kejutan selepas mengalami kekalahan dengan pasukan
Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC, Rabu lalu.
Katanya, kekalahan menerusi sepakan
penalti 4-3 di Ipoh baru-baru ini perlu dijadikan panduan dan pengajaran kepada
TRW agar terus konsisten sepanjang perlawanan. "Sebagai penyokong, sudah
pasti kami inginkan kemenangan serta aksi yang terbaik daripada kedua-dua
pasukan malam esok.
"Dengan berita baik ketiadaan tiga
tonggak utama pasukan Kedah, TRW dilihat mampu mengekang kebangkitan mereka
yang juga mempunyai misi mencatat kemenangan di tempat lawan pada perlawanan
esok," katanya ketika dihubungi.
Dalam pada itu, Mohd Zainy
turut meminta penyokong Kelantan memenuhi stadium bagi memberi semangat kepada
para pemain TRW malam esok. "Pastinya aura pemain menyuntikkan lagi
semangat pemain selain dapat menggerunkan pasukan lawan malam esok dengan
laungan 'Gomo Kelate Gomo' stadium," katanya.
Terdahulu, BH melaporkan Skuad
Helang Merah bakal berdepan Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV tanpa
kelibat Liridon Krasniqi, Sandro Da Silva dan Syazwan Zainon yang masih alami
kecederaan. Perkara itu disahkan Ketua Jurulatihnya, Tan Cheng Hoe, apabila
tiga pemain itu tidak dapat diturun berikutan kecederaan dalam perlawanan
terdahulu termasuk ketika bertemu Kuala Lumpur, Selasa lalu dan terpaksa
digantikan dengan pemain muda.
Bagaimanapun, Tan tetap optimis
memburu kemenangan pertama di Kota Bharu malam esok dengan menurunkan beberapa
pemain muda.
Sumber-Selanjutnya di :
http://www.bharian.com.my/node/249574
No comments:
Post a Comment