NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
sukan@utusan.com.my
PETALING JAYA - Bintang Johor
Darul Ta'zim (JDT), Norshahrul Idlan Talaha tidak disenaraikan dalam skuad
Harimau Malaya untuk perlawanan persahabatan menentang Filipina di Cebu pada 27
April ini.
Keputusan tidak menyenaraikan
penyerang JDT itu bukan sesuatu yang mengejutkan kerana pemain itu juga tidak
disenaraikan semasa perlawanan persahabatan menentang Filipina dan Yaman Mac
lalu, setelah mencetuskan kontroversi.
Norshahrul digantikan bintang
Terengganu, Mohd. Norfarhan Mohamad, tetapi kebanyakan pemain sebelum ini
dikekalkan.
Jurulatih sementara, Datuk Ong
Kim Swee turut memanggil pemain Sarawak, Ronney Harun untuk menggantikan
pemain pertahanan ATM, Amiridzwan Taj Tajudin yang terpaksa berehat panjang
akibat kecederaan.
Kim Swee berkata, pertemuan
menentang Filipina merupakan ujian yang sangat mencabar.
“Tujuan saya mengekalkan para
pemain sebelum ini adalah kerana mereka merupakan pemain terbaik pada waktu ini
dan pada masa sama saya ingin memperbaiki corak permainan.
“Tidak banyak perubahan dari
segi taktikal yang dapat dilakukan kerana pasukan ini memiliki tempoh yang
singkat untuk menjalani latihan," katanya kepada pemberita ketika ditemui
di sini semalam.
Pemain JDT merupakan majoriti
yang dipanggil iaitu Safee Sali, Mahali Jasuli, Amri Yahyah, Aidil Zafuan Abd.
Razak, Safiq Rahim, Mohd. Asrarudin Putra Omar dan Mohd. Fadhli Shas.
Tiga pemain Selangor, Farizal
Marlias, S. Kunanlan dan Bunyamin Umar selain Khairul Fahmi Che Mat, Ahmad
Fakhri Saarani serta Mohd. Badhri Mohd. Radzi dari Kelantan serta Bobby
Gonzalez dari PDRM turut disenaraikan.
Pemain Pahang, Khairul Azahan
Mohd. Khalid, Mohd. Razman Roslan, Azamuddin Akil dan Mohd. Hafiz Kamal turut
disenaraikan bersama Baddrol Bakhtiar (Kedah), Junior Eldstal (Sarawak) dan Muhammad
Zubir Azmi (Terengganu).
RUJUKAN-
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140417/su_06/Kim-Swee-ketepikan-Norshahrul#ixzz2z5etkYlE
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment