KUALA LUMPUR - Ramai yang
mencadangkan Misbun Ramdan Misbun disenaraikan sebagai pemain perseorangan
keempat ke Piala Thomas, termasuk pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei
namun jurulatih perseorangan, Rashid Sidek menegaskan keputusan muktamad hanya
akan ditentukan oleh pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Menurut Rashid, sekarang ini
Goh Soon Huat telah membuktikan kehebatannya dan mencatat kemenangan ke atas
Misbun Ramdan dalam ujian pemilihan ke kejohanan tersebut yang berlangsung di
New Delhi, India pada 18 hingga 25 Mei ini.
Jika dia (Soon Huat) tidak
dapat masuk (pasukan Piala Thomas) tidak guna kita adakan ujian pemilihan. Apa
tujuan pemilihan...sudah tentu untuk pilih pemain terbaik berada dalam pasukan
negara," katanya ketika ditemui di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.
Kelmarin, Chong Wei menyatakan
dia lebih gemar Misbun Ramdan disenaraikan sebagai pemain keempat walaupun anak
kepada bekas jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek tewas 21-19, 21-15 dalam
perlawanan ujian yang diadakan di Stadium Juara kelmarin.
Ujar Rashid, Soon Huat telah
menang dan dia akan mencadangkan nama pemain berusia 24 tahun itu kepada pihak
pengurusan BAM untuk melengkapkan senarai empat pemain perseorangan ke Piala
Thomas selepas Chong Wei, Chong Wei Feng dan Liew Daren.
Saya rasa tidak adil kepada
Soon Huat jika kita tidak mencadangkan namanya, dia telah mencuba sedaya upaya,
membuat persiapan bersungguh-sungguh.
Jadi kita kena fikirkan dari
sudut itu, namun keputusan muktamad akan dibuat oleh pihak pengurusan dalam
Mesyuarat Majlis Sabtu ini. Selepas itu kita akan tahu senarai nama yang akan
ke Piala Thomas," kata Rashid yang pernah membantu negara menjulang trofi
tersebut pada 1992 di Stadium Negara.
RUJUKAN
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140501/su_01/Rashid-cadangkan-Soon-Huat-BAM-tentukan#ixzz30PoJwIUB
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment