WARTAWAN SINAR HARIAN
30 April 2014
5 pemain JDT perkuat Asean
All-Stars Safee Sali (tengah) antara pemain JDT yang disenaraikan dalam pasukan
Asean All-Stars
MOHD Amri Yahyah, Mahalli
Jasuli, Aidil Zafuan Abdul Radzak, Safiq Rahim dan Safee Sali antara pemain
Johor Darul Ta'zim (JDT) yang disenaraikan dalam pasukan Asean All-Stars.
Kelima-lima pemain Harimau
Selatan itu bakal beraksi bersama pasukan pilihan Asean menentang skuad
kebangsaan Indonesia bagi menghadapi perlawanan amal di Stadium Bung Karno,
Jakarta pada 11 Mei ini.
Ketika mengumumkannya,
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin
berkata pemilihan mereka diputuskan badan induk kebangsaan itu berdasarkan
persembahan semasa dalam saingan Liga Malaysia.
FAM turut memilih bekas
pengendali skuad Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal dan Tan Cheng Hoe
masing-masing sebagai ketua dan penolong jurulatih untuk pasukan itu, yang
bakal dianggotai oleh beberapa pemain daripada liga di rantau Asean.
“Ini merupakan penghormatan
kepada Malaysia dan AFF dalam mengadakan lebih banyak perlawanan amal (pada
masa akan datang),” katanya
No comments:
Post a Comment