Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB
yunus.yakkub@kosmo.com.my
ANGGOTA bomba membantu Isaac
yang cedera selepas pipinya ditembusi besi di SRK Sacred Heart Church, Kota
Kinabalu, Sabah semalam.
KOTA KINABALU - Seorang murid
lelaki tahun empat berhadapan dengan situasi mengerikan apabila pipi sebelah
kanannya ditembusi besi sedalam 12.7 sentimeter.
Insiden itu terjadi setelah dia
terpijak besi penghadang longkang yang kemudiannya melantun ke mukanya.
Dalam kejadian mangsa, Huguan
Isaac, 10, bermain bersama rakan-rakannya sebaik tamat sesi persekolahan pada
pukul 12.30 tengah hari di luar pekarangan Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK)
Sacred Heart Church di sini semalam sebelum dia tersusuk besi sepanjang satu
meter itu.
Mangsa hanya mampu meraung
kesakitan selama kira-kira tiga jam sebelum dia dihantar ke Hospital Wanita dan
Kanak-Kanak Likas bagi mengeluarkan besi tersebut.
Ibu bapa yang berada di luar
sekolah terbabit untuk mengambil anak masing-masing cemas melihat insiden itu
bertindak memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak polis.
Ketua Polis Daerah Kota
Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, pasukan bomba dan penyelamat
telah dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan besi terbabit.
Bagaimanapun katanya, pasukan
bomba mengambil keputusan tidak mengeluarkan besi tersebut kerana dikhuatiri
membahayakan kanak-kanak tersebut sebaliknya mangsa segera dikejarkan ke
hospital untuk rawatan lanjut.
KOSMO ONLINE 22.4.14
No comments:
Post a Comment