Ad

Friday, 18 April 2014

Saya terima keputusan Kafa - Steve Darby

KOTA BHARU - Ketua jurulatih Kelantan, Steve Darby menerima dengan hati terbuka keputusan Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) yang menamatkan kontraknya ber­kuat kuasa serta-merta.

Darby ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra hari ini berkata, beliau tidak akan merayu, malah akur dan menerima hakikat jodohnya tidak panjang de­ngan The Red Warriors (TRW).

“Sejujurnya saya menerima apa jua keputusan yang dibuat oleh pihak persatuan dan tiada yang perlu dikesalkan.

“Saya juga tiada masalah dengan pemain, malah Kelantan sebenarnya adalah pasukan yang bagus. Saya harap Kelantan mampu melangkah lebih jauh dalam saingan selepas ini," katanya yang kelihatan sugul.

Darby dalam pada itu memberitahu, dia sedang mempertimbangkan tawaran dari sebuah kelab di Vietnam.

Kafa mengambil langkah drastik menamatkan kontrak Darby berkuat kuasa serta-merta selepas pasukan dibimbingnya kalah teruk 4-0 kepada Sime Darby dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) kelmarin.

Perkara tersebut disahkan oleh Penasihat Kafa, Tan Sri Annuar Musa menerusi entri di laman sosial Facebook miliknya selepas TRW tumpas dalam perlawanan itu.

Darby sebelum ini dikritik hebat oleh penyokong setia Kelantan, terutama Kelab Penyokong The Red Warriors Kota Bharu (TRW KB) gara-gara percaturan taktikal yang lemah sehingga menjejaskan corak permainan pasukan termasuk ketika tersingkir awal daripada persaingan dalam Piala AFC.

Sejak mengambil alih tugas yang ditinggalkan Bojan Hodak, pen­capai­an terbaik Darby setakat ini sekadar membantu Kelantan mara ke pusingan separuh akhir Piala FA.
RUKUKAN-

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140417/su_05/Saya-terima-keputusan-Kafa---Steve-Darby#ixzz2zDk6VvUF © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment