Ad

Wednesday, 30 April 2014

JDT dapat khidmat pemain Amerika Latin

MOHD FIRDAUS YON
23 April 2014
JDT dapat khidmat pemain Amerika Latin
JDT dapat khidmat pemain Amerika Latin Marcos Antonio bakal ganti posisi Baihakki di benteng pertahanan JDT.

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) dikhabarkan bakal menggunakan khidmat pemain kelahiran Brazil, Marcos Antonio Elias Santos bagi mengisi posisi pertahanan tengah yang ditinggalkan Baihakki Khaizan.

Pemain berusia 30 tahun itu dijangka dimasukkan pada jendela perpindahan bulan ini, bagi menggalas tanggungjawab mengekang asakan penyerang import pihak.

Marcos yang pernah menyarung jersi kelab berpangkalan di Jerman, FC Nuremberg selain berkhidmat dengan Rapid Bucuresti, Belenenses dan Auxerre dipilih atas kemampuan dimiliki serta pengalamannya bermain di peringkat antarabangsa.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan bahawa Ketua Jurulatih JDT terdahulu, Cesar Ferrando Jimenez pernah mencadangkan pasukan memerlukan pemain yang memiliki fizikal lebih besar dan kuat.

Marcos yang memiliki ketinggian 1.87 meter juga pernah dipinjam ke kelab ternama di Greece iaitu PAOK FC, U.D.Leiria dan Academica de Coimbra (Portugal).

Selain Marcos, JDT turut dikhabarkan membawa masuk penyerang berusia 24 tahun kelahiran Argentina iaitu Jorge Pereyra Diaz.

Pemain yang bermain untuk kelab Atletico Lanus itu dikatakan memiliki bakat yang hebat, skil tinggi serta kemampuan menggelecek yang menakjubkan.


Bagaimanapun, PBNJ masih belum mengumumkan kedua-dua pemain ini secara rasmi kepada media buat masa ini.

No comments:

Post a Comment