SUBKHI SUDARJI
26 April 2014
Harimau sedia mengganas Aidil
Zafuan pastinya sudah bersedia menghadapi serangan dari penyerang tuan rumah.
TAMPIL dengan strategi berbeza,
itulah jaminan pengendali sementara Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee
menjelang perlawanan persahabatan Kelas A menentang Filipina, di Cebu, esok.
Hanya membawa masuk dua muka
baharu, Norfarhan Mohamad dan Ronny Harun selain menggugurkan Norshahrul Idlan
Talaha serta Nazrin Nawi dalam senarai 23 pemain menjalani latihan pemilihan
pastinya dinantikan peminat.
Mahu tidak mahu kemenangan
harus dicari bagi menaikkan ranking Harimau Malaya selepas mencatat keputusan
seri tanpa jaringan di Stadium Selayang, 1 Mac lalu.
SUDAH SEDIA
Bagi Kim Swee pemilihan pemain
yang bakal beraksi esok berlandaskan prestasi semasa bersama pasukan dalam Liga
Malaysia (Liga-M ) dan bukannya berdasarkan reputasi sebelum ini.
Menyedari Filipina bakal
memberikan saingan sengit apatah lagi beraksi di laman sendiri, Kim Swee tetap
berwaspada dengan sebarang kemungkinan dan percaya anak
didiknya mampu menggalas
cabaran.
“Ada pihak masih menganggap
Filipina pasukan lemah, tapi mereka sudah menunjukkan peningkatan, ini bukan
pasukan Filipina 10 atau 20 tahun dulu. Sudah pasti saya akan menggunakan
strategi berbeza apabila beraksi di sana nanti.
"Lihat sahaja aksi di
Selayang tempoh hari, mereka menampilkan aksi menarik yang memberi tekanan pada
kita namun untuk aksi esok kita sudah bersedia dengan strategi berlainan bagi
memastikan keputusan positif dicapai," katanya.
PRESTASI SEMASA
Mengulas ketiadaan nama pemain
sayap kiri Mohd Nazrin Nawi walaupun beraksi cemerlang bersama Harimau Malaya
ketikaseri 0-0 dalam aksi persahabatan dengan
Filipina di Selayang dan menang
2-1 ke atas Yaman pada aksi kelayakan Piala Asia 2015 awal bulan lalu, Kim Swee
berkata beliau kurang berpuas hati dengan tahap
kecergasan pemain berusia 26
tahun itu.
“Selepas beraksi dengan Yaman,
dia hanya beraksi dalam dua perlawanan jadi saya fikir saya tidak boleh
memanggil pemain yang kurang cergas. Walaupun dia tidak bersama pasukan, saya
masih mempunyai pemain lain yang boleh
beraksi di posisi saya kiri seperti Baddrol Bakhtiar dan Alex Azamuddin Mohd
Akil),” katanya.
Mampukah OKS memastikan Harimau
Malaya pulang dengan kemenangan. Strategi berbeza jadi taruhan.
ENGG AN LEPAS
Namun bagi Norfarhan yang
dipanggil menyertai latihan bersama skuad kebangsaan boleh dianggap peluang
untuk pemain kelahiran Terengganu itu kembali menyinar di pentas antarabangsa.
Kali terakhir pemain Terengganu
berusia 29 tahun itu menyarung jersi kebangsaan ketika di bawah kendalian Datuk
K Rajagobal bagi perlawanan persahabatan menentang kelab Liga Perdana Inggeris
Chelsea di Stadium Shah Alam Julai tahun lalu.
Farhan yang beraksi secara
konsisten bersama pasukan negeri kelahirannya itu walaupun hanya meledak tiga
gol dalam kempen Liga Super musim ini sedar dia perlu
memberikan aksi terbaik bagi
membuktikan kehadirannya bukan sekadar pelengkap pasukan selepas Kim Swee
membuat keputusan tidak memanggil penyerang
Norshahrul Idlan Talaha.
“Saya tetap menghormati Mat Yo
(Norshahrul), dia antara penyerang terbaik tempatan dan bagi saya ini saingan
sihat antara pemain untuk merebut tempat dalam
pasukan kebangsaan serta
menghargai peluang diberikan jurulatih.
"Sememangnya bukan mudah
mendapat tempat dalam pasukan ini dan jika terpilih dalam senarai akhir pemain
ke Filipina ia pasti memberi semangat baru,” jelasnya.
Selain Farhan, Kim Swee turut
memanggil penyerang Mohd Safee Sali, Ahmad Fakri Saarani, Bobby Gonzales dan
Mohd Amri Yahyah bagi aksi persahabatan antarabangsa
dengan Filipina di Cebu, Ahad
ini.
RUJUKAN- SINAR HARIAN ONLINE
27.4.14
No comments:
Post a Comment