Ad

Friday, 18 April 2014

Kelantan belum terlepas badi kekalahan

KUALA LUMPUR - Kelantan masih belum terlepas daripada dirundung malang walaupun Steve Darby direhatkan apabila tumpas Sarawak di hadapan penyokong sendiri selepas tewas 0-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu semalam.

Kealpaan Obinna Nwaneri yang gagal menanduk kemas hantaran jarak jauh pemain Sarawak pada minit ke-52 dihukum oleh tonggak Bujang Senang dari Australia, Ryan Griffith yang bijak menyudahkan tendangan ke pintu gawang sekali gus menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.

Tersentak dengan jaringan Sarawak, jurulatih sementara Kelantan, Hashim Mustapha mengubah percaturan dengan memasukkan Ahmad Fakri Saarani dan Amar Rohidan, yang masing-masing menggantikan Mohamad Ghaddar serta Zairul Fitree Ishak, bagaimanapun masih gagal menjelmakan sebarang gol.

Peluang terbaik Kelantan menyamakan kedudukan hadir pada minit terakhir masa kecederaan namun disia-siakan ketua pasukan, Mohd. Bahdri Radzi yang sekadar menyudahkan sepakan percuma dengan tendangan lemah dan mudah ditangkap oleh penjaga gol Sarawak, Mohd. Fadzley Rahim.

Di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru Johor Darul Ta'zim (JDT) mempamerkan persembahan memukau apabila menewaskan pasukan pelawat, T-Team 2-1.

T-Team dahulu mengejutkan ribuan penyokong JDT apabila pemain import dari Brazil, Leandro Dos Santos menjaringkan gol pada minit ke-23.

Namun JDT berjaya menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian menerusi tandukan Luciano Figueroa dan kemudian menjaringkan gol melalui tandukan pada minit ke-92.
rujukan

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140419/su_02/Kelantan-belum-terlepas-badi-kekalahan#ixzz2zHQXyu1X © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment