Ad

Wednesday, 9 April 2014

Kesan 2 isyarat terkini

 
Angus Houston mendengar penjelasan Komander Tentera Laut Diraja Australia, Peter Leavy berhubung dua isyarat terkini yang dikesan oleh kapal Ocean Shield di Lautan Hindi, dalam misi mencari pesawat MH370, pada sidang media di Perth, semalam. - AFP
PERTH 9 April - Kapal Tentera Diraja Australia, Ocean Shield yang dilengkapi alat pengesan ‘ping’ dari Amerika Syarikat telah mengesan dua isyarat terbaharu yang memberi harapan baharu dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia, Angus Houston berkata, isyarat itu disahkan daripada peranti buatan manusia dan bukan bunyi semula jadi lautan.

Katanya, Ocean Shield mengesahkan bahawa isyarat 33.31 khz adalah daripadaperakam data penebangan.

Dua isyarat terbaharu itu menjadi maklumat penting ketika pasukan pencarian cuba mencari lokasi tepat di mana pesawat Boeing 777-200 berakhir di Lautan Hindi.

Menurut beliau, isyarat pertama dikesan secara berterusan selama lima minit 32 saat, diikuti isyarat kedua berterusan selama tujuh minit.

“Kedua-dua isyarat itu akan membantu dan memudahkan misi pencarian di sekitar dasar laut.

“Pada masa ini, kita berada di kawasan carian yang betul iaitu di sekitar di dasar laut yang sangat jelas dan diharapkan isyarat itu membawa kepada maklumat yang kita perlukan bagi mengesahkan pesawat MH370 berakhir di perairan ini," katanya.

Dalam pada itu, Houston menggesa orang ramai supaya melihat maklumat terbaharu itu secara berhati-hati dengan mengambil kira sensitiviti keluarga penumpang pesawat yang hilang dari radar dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Sementara itu, Houston mengulas, dengan penemuan isyarat baharu ini, misi mencari akan dikecilkan ke kawasan pencarian dan berharap akan ada penemuan serpihan pesawat ditemui di dasar laut itu.

Sebanyak 11 pesawat tentera, empat pesawat awam dan 14 kapal laut kini berada di lokasi operasi pencarian yang melibatkan kawasan seluas 75,423 kilometer (km) persegi.

“Fokus utama pencarian ini ialah di sekitar kira-kira 2,260 km di barat laut Perth.

“Pihak berkuasa Australia berkata, robot dasar laut pengesan sonar milik Amerika Syarikat, Bluefin 21 tidak akan dilepaskan ke dasar laut sehingga jangka hayat kotak hitam tamat sepenuhnya," katanya.

Houston berkata, robot dasar laut itu akan digunakan jika sekiranya isyarat akustik yang terakhir tidak dapat dikesan lagi.

“Kita kesuntukan masa dan perlu mencari serpihan pesawat itu dengan jangka masa yang semakin kurang," katanya.

Kehilangan MH370 menimbulkan kebingungan pakar penerbangan di seluruh dunia kerana walaupun pencarian telah dilakukan lebih sebulan tetapi sehingga kini tiada sebarang penemuan serpihan pesawat. - AF
RUJUKAN
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140410/dn_02/Kesan-2-isyarat-terkini#ixzz2yQjteW8r

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment