Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my
KECIK (kanan) bakal membuat
penampilan pertama pada final Piala FA menentang Lions XII di Stadium Nasional,
Bukit Jalil, Sabtu ini.
PEMAIN sayap lincah Kelantan,
Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria bertekad menggegar gawang pasukan Lions XII
apabila beraksi buat kali pertama di pentas final Piala FA 2015 di Stadium
Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.
Pemain yang terkenal dengan
panggilan Kecik itu berkata, gol yang dijaringkan ketika membantu The Red
Warriors menyingkirkan Pahang 3-1 minggu lalu, menjadi pembakar semangat buat
dirinya untuk memperagakan aksi terbaik pada perlawanan akhir tersebut nanti.
“Saya berazam untuk
menjaringkan gol pada perlawanan itu nanti sekiranya mempunyai peluang, sekali
gus membantu The Red Warriors muncul juara Piala FA musim ini.
“Saya sudah bersedia sepenuhnya
untuk beraksi dan ia merupakan penampilan pertama di pentas final.
“Inilah peluang terbaik untuk
membuktikan keupayaan sebenar dan menghadiahkan kemenangan kepada pasukan serta
peminat yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada kami,” katanya
kepada Kosmo! di Kota Bharu semalam.
Kecik merupakan produk keluaran
Kelantan yang digilap menerusi kempen Piala Belia musim 2007 dan 2008 sebelum
diserap ke pasukan Harimau Muda A pada tahun berikutnya.
Kecik memberitahu, dia sedikit
gemuruh memandangkan aksi pada Sabtu ini merupakan penampilan pertamanya di
pentas final Piala FA sejak menyertai The Red Warriors tahun lalu.
Bekas tonggak Harimau Muda A
itu berkata, dia sudah membuat persiapan dari segi mental dan fizikal untuk
menghadapi situasi tersebut.
“Alhamdulillah pengalaman yang
dikutip ketika beraksi bersama Harimau Muda A sebelum ini akan dimanfaatkan
sebaik mungkin pada perlawanan akhir itu nanti.
“Apa yang penting, saya perlu
fokus dan memberikan aksi terbaik pada perlawanan tersebut dan mengetepikan
perasaan gemuruh,” ujarnya.
Dalam pada itu, Kecik turut
mengingatkan rakan-rakan sepasukannya supaya tidak memandang rendah keupayaan
Lions XII yang disifatkan memiliki semangat berpasukan tinggi.
“Semangat berpasukan yang
dimiliki Lions XII cukup tinggi terutama di jentera serangan dan pertahanan.
Jadi, Kelantan perlu waspada dengan ancaman mereka,” katanya.
SUMBER=Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0520&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz3ah0GOUfK
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment