Ad

Friday, 29 May 2015

Felda dituduh ah long menang saman


FELDA difitnah Mazlan dengan digambarkan sebagai ah long bagi merosakkan reputasi dan merendahkan imejnya dalam kalangan peneroka. – Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman serta Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd. yang menerbitkan buku bertajuk Felda...Dulu Tolong Sekarang Along diperintah membayar ganti rugi dan kos yang kesemuanya berjumlah RM500,000 kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) setelah didapati memfitnah konglomerat perladangan itu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Su Geok Yiam, memutuskan, kandungan buku itu adalah memfitnah sebelum memerintahkan Mazlan serta Angkatan Edaran membayar ganti rugi am dan teruk sebanyak RM350,000 kepada Felda selain RM150,000 sebagai kos guaman.

Dalam saman yang difailkan pada 20 Julai 2009, Felda selaku plaintif menamakan Mazlan, Anak dan Angkatan Edaran Enterprise sebagai defendan pertama hingga ketiga selepas menerbitkan buku tersebut pada tahun 2008 yang dijual pada harga RM10.

Namun begitu, tindakan saman terhadap Anak telah ditarik balik oleh Felda pada 9 Mei lalu 2013.

Felda memfailkan saman terhadap Mazlan dan penerbit buku itu apabila mendakwa, tajuk buku tersebut membawa maksud Felda adalah ah long atau pemberi pinjaman wang haram dengan kadar faedah yang terlampau tinggi.
SUMBER-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0530&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3bZtfBfjG Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment