Kelana Jaya: Pengendali Harimau
Malaya Dollah Salleh mengakui masih ‘pening’ memilih pemain bagi aksi kelayakan
Piala Dunia 2018 menentang Timor Leste dan Palestin bulan depan.
Namun, ia sesuatu yang positif
baginya apabila 31 pemain dipanggil untuk kem latihan pusat bagi menghadapi
aksi persahabatan menentang Hong Kong, Sabtu depan termasuk pemain sayap Johor
Darul Ta’zim (Johor DT) Nazrin Nawi dengan namanya hanya diumumkan petang
semalam.
“Jumlah seramai ini memang
sukar, namun saya terpaksa. Mereka mempamerkan prestasi yang saya inginkan dan
mengikut arahan. Sebab itu saya kekalkan pemain yang dipanggil pada fasa
pertama.
“Saya perlu melakukan pemilihan
semula walaupun sukar kerana kekangan masa. Namun, ia petanda positif untuk
pasukan,” katanya pada sesi latihan petang semalam.
Seramai 23 pemain akan
diumumkan selepas pertemuan dengan Hong Kong nanti.
“Kami perlu melakukan sesuatu
pada perlawanan ini, ia bukan pemanas badan kerana turut membabitkan kedudukan
ranking. Kami perlu bersedia sepenuhnya untuk perlawanan itu,” katanya.
Mengulas mengenai situasi
dihadapi Pahang dalam saingan pusingan kedua Piala AFC, Dollah berharap ia
dapat diselesaikan segera.
Tiga pemain Pahang, Khairul
Azhan Khalid, Azamuddin Akil dan R Gopinathan turut berada dalam kem latihan
pusat skuad negara.
Artikel ini disiarkan pada :
Sabtu, 30 Mei 2015 @ 5:15 AM
DOLLAH (kanan) ketika sesi
latihan skuad negara di padang Kompleks PKNS, semalam.
- Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/54405#sthash.7W2y0Q5H.dpuf
No comments:
Post a Comment