Oleh Azlan Hafeedz
sukan@hmetro.com.my
Kota Bharu: Semua pemain
Kelantan adalah ‘hero’ kerana berjaya menjelmakan semangat juang tinggi
membenam Pahang sekalipun tidak diberi harapan tinggi untuk layak ke final
Piala FA.
Kekuatan mental dan fizikal
hasil motivasi pengendali Mohd Azraai Khor Abdullah dan pengurus pasukan, Azman
Ibrahim kunci utama kejayaan bekas juara Piala FA 2012 dan 2013 itu.
Bagi Azraai, pemain mengotakan
janji bermain bermati-matian menentang Pahang walaupun persembahan pasukan
Kelantan tidak konsisten dalam saingan Liga Super.
Namun, hasil sokongan padu
semua pihak terutama penyokong, The Red Warriors (TRW) membuktikan keupayaan
mereka mengalahkan skuad kendalian Zainal Abidin Hassan itu.
Azraai berkata, beliau cukup
terharu menyaksikan perjuangan anak buahnya berhempas pulas memburu kemenangan.
“Kejayaan Kelantan melangkah ke
final pemangkin dan penyuntik semangat mereka meneruskan baki perlawanan
saingan Liga Super.
“Kita masih berpeluang layak ke
akhir jika pemain bijak memanfaatkan tempoh 90 minit itu dan ternyata, mereka
membuktikannya.
“Saya anggap kemenangan itu
bukan disebabkan Pahang bermain 10 orang, sebaliknya semua pemain menunjukkan
komitmen dan kesungguhan mereka,” katanya.
Kelantan layak ke final Piala
FA menerusi aggregat 3-2 dalam perlawanan penuh dramatik di Stadium Sultan
Muhammad ke IV, malam kelmarin.
Gol Kelantan diperoleh melalui
Wan Zaharulnizam Zakaria pada minit ke 17 dan import berbisa Austin Amutu (m-
74 dan 91) manakala gol saguhati Pahang oleh K Gopinanthan (m-57).
Pahang terpaksa beraksi 10
pemain selepas Mohd Azammudin Akil dilayangkan kad merah m-32 selepas mengasari
Wan Zack Haikal.
Pengendali berusia 62 tahun itu
berjaya membawa TRW ke final walaupun kurang 3 bulan dilantik jurulatih gergasi
pantai timur itu.
“Pemain Pahang kelihatan agak
keletihan pada babak kedua dan pemain Kelantan menggunakan kelebihan itu untuk
menang. Pemain sudah bersedia menghadapi LionsXII di final,” ujarnya.
Artikel ini disiarkan pada :
Isnin, 18 Mei 2015 @ 5:02 AM
- SUMBER: http://www.hmetro.com.my/node/51645#sthash.O8nWno33.dpuf
No comments:
Post a Comment