Oleh Azlan Muhammad Zain-azlanmz@hmetro.com.my
Petaling Jaya: Pengendali
Harimau Malaya, Dollah Salleh mengakui persiapannya sedikit terjejas apabila
sejumlah besar pemain kebangsaan akan mendaftar lewat bagi kem latihan pusat
bermula hari ini.
Dollah terpaksa melepaskan
pemain Johor Darul Ta’zim (Johor DT) dan Pahang apabila kedua-dua pasukan itu
melangkah ke pusingan kedua Piala AFC dengan perlawanan dijadualkan berlangsung
pada 26 dan 27 Mei ini.
Ia membabitkan 13 pemain Johor
DT termasuk Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abd Radzak, Amri Yahyah, S Chanturu selain
lima pemain Pahang serta beberapa pemain yang terbabit dengan saingan Sukan SEA
di Singapura.
“Setakat ini tiada perubahan
dalam senarai pemain untuk kem latihan pusat, cuma saya khuatir dengan
ketiadaan pemain Johor DT dan Pahang yang akan lewat lapor diri (pada 28 Mei),”
kata Dollah.
Ketiadaan pemain kedua-dua
pasukan bermakna skuad negara kehilangan sebahagian besar pemain utama.
“Persiapan sedikit terjejas.
Saya perlu menunggu hingga mereka melaporkan diri untuk terangkan konsep yang
saya inginkan. Saya perlu memulakan kembali supaya pemain Johor DT dan Pahang
dapat memahami konsep. Itu kerisauan saya,” ujarnya.
Dollah menerusi laporan Arena
Metro semalam mahu menerapkan corak latihan berbeza yang menekankan intensiti
tinggi selepas meninjau corak latihan pemain di Jepun baru-baru ini.
Seramai 19 pemain tempatan
selain lima pemain import dipanggil bagi kem latihan pusat fasa pertama bermula
hari ini hingga 27 Mei untuk aksi persahabatan menentang kelab Liga Perdana
Inggeris, Tottenham Hotspurs.
Ia disusuli fasa kedua kem
latihan pusat dari 28 Mei hingga 17 Jun dengan misi menghadapi kelayakan Piala
Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 menentang Timor Leste dan Palestin di Stadium
Nasional, Bukit Jalil.
Artikel ini disiarkan pada :
Ahad, 17 Mei 2015 @ 5:09
- SUMBER:
http://www.hmetro.com.my/node/51523#sthash.A8Ii2PCh.dpuf
No comments:
Post a Comment