Dijumpai di loji kumbahan PPR
Kempas Permai
MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI | 19
Mei 2015 1:36 AM
SEBAHAGIAN daripada ketulan
tubuh bayi yang dijumpai di loji kumbahan
SEBAHAGIAN daripada ketulan
tubuh bayi yang dijumpai di loji kumbahan PPR Kempas Permai, Johor Bahru,
Johor, kelmarin. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
JOHOR BAHRU 18 Mei - Sebanyak
15 ketulan tubuh janin berusia tujuh bulan dipercayai dikerat dijumpai
sekumpulan pekerja kumbahan yang membuat pembersihan rutin di loji kumbahan
Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai, di sini semalam.
Keratan janin terbabit ditemui
dalam keadaan tanpa kepala dan badan oleh pekerja kumbahan dalam perangkap
sampah kira-kira pukul 10.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru
Utara, Asisten Komisioner Mohd. Khamsani Abdul Rahman berkata, pihaknya
menerima laporan berhubung kejadian terbabit daripada kontraktor pembersihan
pada pukul 1.30 petang.
“Setelah dikumpul dan
dibersihkan, didapati sebanyak 15 bahagian janin bayi termasuk kaki dan tangan
ditemui,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Beliau berkata, pihaknya akan
menjalankan siasatan lanjut berhubung kes itu termasuk mendapatkan maklumat
kemungkinan wanita yang baharu bersalin di kawasan perumahan itu.
Katanya, kes tersebut disiasat
mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan
cara membuang secara sulit yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua
tahun atau denda jika disabit kesalahan.
Sementara itu, seorang
penduduk, Ismail Daud, 47, yang sedang minum di gerai berhampiran loji kumbahan
itu terkejut mendengar kejadian tersebut kerana tidak menyangka ada yang
tergamak untuk melakukan perkara kejam berkenaan.
“Pada mulanya saya sangka
mungkin pam air di loji itu dicuri tetapi setelah mendapat tahu cerita, saya
terkejut kerana tidak menyangka perkara seperti ini boleh berlaku,” katanya.
Tambahnya, kejadian seumpama
pernah berlaku di kawasan tersebut pada tahun lalu namun bayi yang ditinggalkan
itu ditemukan masih bernyawa dan berjaya diselamatkan.
Khairol Husna Abd. Halim, 36,
pula berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas menunaikan solat Zuhur
apabila terdengar penduduk lain bercerita mengenainya di kedai runcit di bawah
blok rumahnya.
“Saya terkejut apabila
mengetahui perkara ini kerana perbuatan tersebut amat kejam dan menakutkan.
Tidak sangka kejadian seperti ini boleh berlaku lebih-lebih lagi di kawasan
perumahan saya,” katanya yang sudah menetap di PPR itu sejak enam tahun lalu.
sUMBER-:
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/bayi-dikerat-15-1.93520#sthash.Z1ejkNoV.dpuf
No comments:
Post a Comment