Ad

Friday 15 May 2015

PM Piala Sudirman: Impian Malaysia berakhir kalah 1-3 kepada Korea

KHAMIS, 14 MEI 2015 @ 11:31 
KUALA LUMPUR: Impian skuad badminton Malaysia untuk mara jauh dalam kejohanan Piala Sudirman berakhir selepas tewas kepada Korea Selatan 3-1 dalam saingan suku akhir di Dongguan, China, malam ini. Walaupun memberi persembahan terpuji namun, pasukan negara gagal mengulangi kejayaan menang 3-2 ke atas lawan sama dalam peringkat Kumpulan D, Ahad lalu. Beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang harus mengutip mata pertama gagal dalam misi mereka apabila kecundang kepada beregu nombor satu dunia, Lee Yong Dae-Yoo Yeon Seong 21-18, 21-16. 
AKSI Goh V Shem dan Tan Wee Kiong (kiri) ketika menentang beregu nombor satu dunia, Lee Yong Dae dan Yoo Yeon Seong. - Foto AP Tee Jing Yi yang tidak beraksi Ahad lalu jelas bukan tandingan Sung Ji Hyun apabila tunduk mudah 21-17, 21-12.

      Namun, Datuk Lee Chong Wei kembali memberi nafas lega kepada pasukan apabila mengutip mata pertama menewaskan Son Wan Ho 21-17, 21-12 dalam perlawanan ketiga. Pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2014, Vivian Hoo Kah Mun-Woon Khe Wei memberi harapan awal dalam beregu wanita apabila menenangi set pertama tetapi akhirnya tewas 21-23, 21-16, 21-11 kepada Chang Ye Na-Jung Kyung Eun . Kali terakhir Malaysia layak ke separuh akhir Piala Sudirman adalah pada 2009 di Guangzhou.
      Sementara itu, China semakin hampir untuk merekodkan kejuaraan ke-10 apabila mengesahkan slot ke separuh akhir hasil kemenangan 3-0 ke atas Jerman dalam satu lagi aksi suku akhir. Chong Wei (kanan) bersalaman dengan Son Wan Ho selepas memberikan kemenangan pertama negara. - Foto AFP


SUMBER: http://www.bharian.com.my/node/54856

No comments:

Post a Comment