31 Mei 2015 1:03 PM
PUTRAJAYA 31 Mei - Menteri
Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengingatkan pemain Harimau Muda tidak
melakukan tindakan bodoh yang boleh menjejaskan prestasi mereka ketika beraksi
dalam perlawanan.
Mengulas mengenai Muhammad
Nazmi Faiz Mansor yang dibuang padang kerana didakwa meludah pemain lawan
ketika menentang Timor Leste pada aksi pertama Kumpulan B Sukan SEA 2015 di
Singapura malam tadi, katanya insiden tersebut amat dikesali.
"Pemain-pemain kita
mestilah tahu apabila mereka bertindak seperti semalam, bukan hanya dapat kad
merah dan sebagai individu tidak dapat sambung permainan tetapi yang lebih
penting mereka akan mengecewakan pasukan sendiri dan negara.
"Bermain tanpa seorang pemain
itu satu kelemahan dalam pasukan dan walaupun Harimau Muda itu pemain muda
namun usia muda tidak bermaksud bahawa awak bodoh," tegasnya.
Khairy ditemui pemberita
selepas menyertai lebih 10,000 peserta dalam acara larian TM Malaysia Fun Run
anjuran Telekom Malaysia Bhd sebagai tanda sokongan buat atlet kebangsaan yang
akan beraksi pada Sukan SEA ke-28 di Singapura dari 5 hingga 16 Jun.
Dalam perlawanan di Stadium
Bishan malam tadi, susulan kehilangan seorang pemain kerana dibuang padang,
pasukan Malaysia mempamerkan aksi tempang dengan 10 pemain dan hanya menang
tipis 1-0 ke atas Timor Leste. - BERNAMA
- Sumber:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/harimau-muda-jangan-lakukan-tindakan-bodoh-khairy-1.97532#sthash.gqpB50fo.dpuf
No comments:
Post a Comment