KHAMIS, 25 JUN 2015 @ 9:50 PM
Oleh Hussain Said SKUAD hoki
negara menundukkan Ireland 4-2 dalam saingan Kumpulan B. bhsukan@bh.com.my
ANTWERP: Skuad hoki negara berjaya menempah tiket ke suku akhir Separuh Akhir
Liga Hoki Dunia apabila menumpaskan Ireland 4-2 dalam saingan Kumpulan B di
Stadium KHC Dragons, di sini sebentar tadi. Kemenangan itu juga mencapai misi
The Speedy Tigers untuk menduduki sekurang-kurangnya tempat ketiga dalam
kumpulan untuk memburu peluang lebih baik dalam memburu tiket ke Sukan Olimpik
Rio 2016.
Ini kerana kedudukan ketiga itu mampu
mengelak mereka daripada bertemu gergasi dunia, Australia di suku akhir. Dalam
saingan sebentar tadi, Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin meletakkan The Speedy
Tigers di depan pada minit ke-13 apabila menyudahkan situasi kelam kabut di
depan gawang lawan hasil daripada lantunan pukulan sudut penalti namun gol itu
tidak bertahan lama.
Sebaliknya, The Green Machines bangkit
menyamakan kedudukan 1-1 seminit kemudian apabila penjaga gol negara, Roslan
Jamaluddin gagal menampan kemas pukulan Peter Caruth. Sebaik suku kedua
bersambung, Malaysia tidak menunggu lama untuk kembali mendahului lawan apabila
kapten pasukan, Muhammad Razie Abdul Rahim menyudahkan pukulan sudut penalti pada
minit ke-16.
Namun seperti gol pertama,
kegembiraan anak buah Tai Beng Hai juga tidak bertahan lama apabila dua minit
kemudian Ireland kembali menyamakan kedudukan menerusi Shane O'Donoghue
menerusi pukulan sudut penalti. Selepas itu permainan berhati-hati diperagakan
kedua-dua pasukan dan tujuh minit sebaik suku ketiga bermula anak buah Tai Beng
Hai meledak gol ketiga apabila Sukri Mutalib menyempurnakan lantunan pukulan
sudut penalti. Lima minit selepas itu, Azlan Misron berjaya meletakkan bola di dalam
gawang anak buah Craig Fulton hasil pukulan sudut penalti tetapi pengadil
membatalkannya. Muhammad Razie juga berpeluang menjadikan kedudukan 4-2 namun
gagal menyempurnakan penalti stroke yang diperoleh pada minit ke-53 namun Izwan
Firdaus menebus kekecewaan itu dengan gol keempat yang juga jaringan kedua
peribadinya.
Sumber :
http://www.bharian.com.my/node/63626
No comments:
Post a Comment