Malaysia terus membuktikan
jagoan hoki wanita Asia Tenggara apabila mempertahankan pingat emas Sukan SEA
selepas menumpaskan Thailand 3-1 pada perlawanan akhir semalam.
Pasukan yang terkenal dengan
gelaran The Blue Tigers itu menggamatkan Stadium Hoki Sengkang apabila melakar
hatrik emas.
Begaimanapun, kejayaan itu
perlu dibayar dengan harga mahal apabila jurulatih Mohd Nasihin Nubli sendiri
mengakui terpaksa mengubah strategi gara-gara pengadilan yang didakwa berat
sebelah dan ‘kebisingan’ pengendali pihak lawan.
“Kami datang ke sini untuk
membawa pulang pingat emas, tetapi terpaksa bersabar dan menyesuaikan diri
dengan keputusan berat sebelah,” katanya selepas perlawanan tamat semalam.
Bekas penjaga gol negara itu
mengakui situasi berkenaan sebenarnya menjejaskan rentak permainan mereka.
“Jurulatih lawan yang
menjerit-jerit di tepi padang menjadikan ia lebih susah, namun anak buah saya
kekal tenang dan tidak mempedulikan semua itu.
“Kejayaan ini paling bermakna berbanding
dua edisi terdahulu kerana saingan kali ini sengit. Kami membuktikan kami
berada dalam kelas tersendiri,” kata Nasihin.
Tiga gol skuad hoki wanita itu
dijaringkan Hanis Nadiah Onn m-37, Siti Shahida Saad (45) dan Nurul Nabiha
Mansur (49), di mana semuanya menerusi jaringan padang.
Gol sagu hati Thailand
dihasilkan Wongkeaw Sirikwan melalui pukulan sudut penalti m-51.
Dalam perkembangan lain, skuad
hoki lelaki negara dijangka tidak berdepan masalah untuk mengikut jejak barisan
skuad wanita memenangi pingat emas menjelang aksi final bertemu Singapura hari
ini.
Artikel ini disiarkan pada :
Sabtu, 13 Jun 2015 @ 5:22 AM
DISYORKAN
- Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/57510#sthash.bwyzEUEO.dpuf
No comments:
Post a Comment