Masyarakat Maritim
OLEH-AHMAD YAAKOB
Menjelaskan definisi dan
ciri-ciri masyarakat maritim Jepun (Abad ke-16 hingga 17)
Definisi dan ciri-ciri
masyarakat maritim di negara Jepun
Masyarakat Maritim di Jepun
Kemunculan Jepun sebagai kuasa
maritim boleh dikesan sejak abad ke - 3M apablla menjalinkan hubungan dengan
China dan Korea pada dinasti ein (221 - 206M).Kemunculan Jepun sebagai kuasa
dagang I maritim dapat diperhatikan dengan jelas pada abad ke-14 M.
Definisi Masyarakat Maritim
Masyarakat Maritim bermaksud masyarakat
yang memberikan tumpuan utama terhadap perdagangan dan kegiatan yang berkaitan
dengan laut.Masyarakat ini mempunyai pelabuhan sebagai tempat untuk menjalankan
kegiatan perdagangan atau kegiatan kelautan. Pelabuhan ini akan dilengkapi
dengan berbagaibagai kemudahan seperti bekalan air, tempat tinggal, tempat
menyimpan barang dan kawasan untuk berjual beli.
Masyarakat maritim merupakan masyarakat
yang tinggal di pesisir pantai, menjalankan aktiviti perdagangan,membuat kapal,
menangkap itan aa, mengutip hasil laut.Penduduk peribumi Jepun dikenali sebagai
Ainu manakala yang lainnya adalah pendatang dari Tanah Besar Asia yang menetap
di pesisir pantai membentuk masyarakat maritim.
Ciri-Ciri Masyarakat Maritim
Jepun.
a) Kegiatan Ekonomi Berasaskan
Kelautan.
Masyarakat Jepun terlibat dengan kegiatan
penangkapan ikan. Harold M. Vinacke mengatakan makanan orang Jepun yang sama
penting dengan nasi ialah ikan, mengutip hasil laut seperti mutiara, perdagangan,
membaiki dan membuat kapal.
Perikanan merupakan pekerjaan utama
penduduk Jepun kerana makanan kedua selepas nasi bagi masyarakat Jepun ialah
ikan. Nelayan Jepun juga adalah penyelam mutiara yang handal.[1]
b) Lokasi Petempatan Di Pesisir
Pantai.
Lebih kurang 97% wilayah daratan Jepun
berada di keempat-empat pulau terbesarnya iaitu Hokkaido,Honshu (pulau
terbesar), Shikoku, dan Kyushu. Sebanyak72% pulau-pulau di Jepun
bergunung-gunung, dan sebahagian di antaranya merupakan gunung berapi.
Masyarakat maritim Jepun tinggal di
pesisir pantai seperti di perkampungan nelayan di Yokohama dan menetap di kawasan-kawasan
bandar-bandar pelabuhan seperti di Nagasaki, Nagoya, Hiroshima dan lain-lain
bandar pelabuhan. Lokasi petempatan yang berhampiran laut menyebabkan
penduduknya terdedah kepada kegiatan
berasaskan laut.[2]
c) Masyarakat pelbagai Budaya.
Jalinan perhubungan dengan masyarakat
antarabangsa menyebabkan masyarakat Jepun menerima pelbagai pengaruh budaya
luar seperti pengaruh agama Kristian yang dibawa oleh mubaligh-mubaligh
Kristian Portugis,agama Buddha dan Confucius dari China serta Shinto yang
merupakan kepercaya:an tempatan. Di bandar-bandar pelabuhan pula terdapat
pedagang-pedagang Portugis,Sepanyol dan china. Sebelum pengalaman Dasar Tutup Pintu,
mubaligh Kristian dibenarkan menjalankan aktiviti penyebaran agama Kristian dan
mendirikan gereja bagi menjalankan kegiatan agama mereka.[3]
d) Menguasai Ilmu Kelautan Dan pelayaran.
Masyarakat maritim Jepun
menguasai ilmu pelayaran mereka belayar hingga ke Australia, Asia Tenggara,Amerika
Selatan, Korea dan China.Mereka mampu membina kapal besar meredahlautan. Kapal
mohor merah (Shuinsen) adalah kapal layar bersenjata pedagang Jepun yang
berlayar dalam perdagangnya ke pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara di awal
pemerintahan Keshogunan Tokugawa. Antara 1600 dan 1635, lebih dari 350 kapal
Jepun melakukan pelayaran dagang ke luar negeri.[4]Kemajuan
dalam bidang teknologi menyebabkan masyarakat maritim di Jepun mampu untuk
belayar hingga ke Korea, China dan Asia Tenggara.[5]
e) PelabuhanEntreport.
Masyarakat Jepun mengendalikan
perdagangan melalui pelabuhan entreport Kyushu, Shimoda, Hokodate danNagasaki.
Para pedagang Jepun pada abad ke-16, telah mengeksport perak, berlian, tembaga,
pedang, dan barang-barang lainnya.Jepun juga telah mengimport sutera Cina dan
produk-produk Asia Tenggara (seperti gula dan kulit rusa). Lada dan rempah-rempah
jarang diimport oleh Jepun kerana masyarakatnya tidak banyak makan daging.Pelabuhan-pelabuhan
Asia Tenggara menjadi tempat pertemuan antarakapal-kapal Jepun dan China.
f) Menerima Pengaruh Luar.
Sebelum dasar tutup pintu abad
7, masyarakat maritim Jepun mudah menerima pengaruh luar seperti agama Buddha,
Confucius dan agama Kristian. Para pedagang dan mubaligh Jesuit dari Portugal pertama kali tiba di Jepun,
lalu memulakan kegiatan pertukaran perniagaan dan kebudayaan antata Jepun dan
Dunia Barat (Perdagangan dengan Nanban).
Penganut Kristian bebas
menjalankan aktiviti mereka dan mubaligh juga bebas berdakwah. Malah tulisan Jepun
berasal dari huruf China dan kosa kata Bahasa Jepun juga menerima pengaruh
bahasa Portugis. Orang Jepun ketika itu menggelar orang asing dari Dunia Barat
sebagai namban yang bererti kaum
gasar dari selatan.[6]
Menjelang abad ke-17 pedagang Belanda, British dan Sepanyol menjalankan
perdagangan dengan Jepun. Kedatangan pedagang Barat menyebabkan aktiviti
perdagangan berkembang pesat.[7]
[1]“Masyarakat Maritim”, dalam Modul Pengajaran dan
Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia,2013)25.
[2]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar
2013),hlm.50.
[4] Ibid.
[6]“Masyarakat Maritim”, dalam Modul Pengajaran dan
Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia,2013)27.
No comments:
Post a Comment