Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB
EMPAT pendaki Barat mengaku
bersalah berbogel di Mahkamah Sesyen, Kota Kinabalu semalam.
KOTA KINABALU – Empat pelancong
Barat termasuk dua adik-beradik dijatuhi hukuman penjara tiga hari dan denda
RM5,000 di Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah berbogel di
kawasan puncak Gunung Kinabalu pada 30 Mei lalu.
DANIELLE (kiri) dan Dylan yang
tiba di Mahkamah Sesyen, Kota Kinabalu semalam dikerumuni jurugambar tempatan
serta asing.
Hakim Dean Wayne Daly
menjatuhkan hukuman penjara itu ke atas dua rakyat Kanada, Lindsey Petersen,
23, dan Danielle Anne Louse Petersen, 22, serta seorang rakyat Belanda, Dylan
Thomas Snel, 23, dan seorang pelancong Britain, Eleanor Grace Hawkins, 22.
Bagaimanapun, kesemua tertuduh
dibebaskan petang semalam, selepas perintah hukuman penjara itu diputuskan bermula
dari tarikh mereka ditangkap pada 9 Jun lalu.
Sumber=Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0613&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3cvnxGW2s
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment