Anak meninggal dunia,
Kumar
terpaksa pulang
19 Jun 2015 12:41 AM
KUALA LUMPUR – Skuad hoki
kebangsaan yang akan memulakan saingan separuh Akhir Liga Hoki Dunia di
Antwerp, Belgium, Ahad ini berdepan tragedi apabila anak bongsu penjaga gol
negara S. Kumar meninggal dunia semalam.
S. Kumar
Harshenn yang berusia tiga
tahun disahkan meninggalkan dunia di Hospital Kuala Lumpur akibat jangkitan
kuman dalam darah dan penjaga gol berusia 36 tahun itu akan dihantar pulang
untuk bersama keluarganya.
Ketua Pegawai Eksekutif
Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), K. Logan Raj mengesahkan berita tersebut dan
memberitahu, Kumar akan dibawa pulang ke tanah air segera.
“Kami merakamkan ucapan takziah
kepada keluarganya dan saya berharap semua pihak dapat memberikan ruang kepada
Kumar untuk berdepan situasi sukar ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini
semalam.
Kejohanan Liga Hoki Dunia yang
akan berlangsung dari 20 Jun-5 Julai ini merupakan pusingan kelayakan Sukan
Olimpik dan skuad kebangsaan sedang memburu slot untuk ke temasya sukan
terulung itu, yang akan berlangsung di Rio de Janeiro, Brazil tahun depan
selepas 15 tahun gagal melayakkan diri.
Tempat Kumar di Belgium akan
digantikan oleh Muhammad Hafizuddin Othman.
Muhammad Hafizuddin ketika
dihubungi memberitahu, dia hanya dimaklumkan mengenai perkara itu awal pagi
semalam dan akan berangkat ke Belgium malam ini.
Katanya, dia sudah bersedia
untuk beraksi sekiranya diberikan peluang meskipun menyedari tempat Kumar itu
akan digantikan penjaga gol kedua Roslan Jamaluddin.
“Saya terkejut dengan dua
perkara. Pertama pemergian anak Kumar dan kedua saya perlu menggantikan Kumar
dalam Liga Hoki Dunia.
“Saya masih berada di
Terengganu tetapi perlu berada di Kuala Lumpur esok (hari ini) kerana
penerbangan saya dijadualkan pada sebelah malam.
“Bagi saya, untuk ke sana
(Belgium) tiada apa-apa sangat kerana sudah pasti yang akan beraksi ialah
Roslan Jamaluddin tetapi jika diberi peluang, saya memang sudah bersedia untuk
beraksi walaupun kali terakhir bermain bersama skuad kebangsaan ialah semasa
Sukan Komanwel di Glasgow,” katanya.
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/hoki/anak-meninggal-dunia-8232-kumar-terpaksa-pulang-1.104489#sthash.C0XGCP8U.dpuf
No comments:
Post a Comment