PANDELELA Rinong (kiri) dan Nur
Dhabitah Sabri meraikan kejayaan mereka memenangi pingat gangsa acara terjun
seirama platform 10m pada majlis penyampaian hadiah di Edinburgh, Scotland
semalam. - AFP
GLASGOW - Malaysia mengutip
pingat pertama dari acara akuatik di Sukan Komanwel XX apabila Pandelela Rinong
dan Nur Dhabitah Sabri menduduki tempat ketiga terjun seirama platform 10 meter
semalam.
Mereka mengutip 300.12 mata,
10.53 mata di belakang pemenang pingat emas, Meaghan Benefeito-Roseline Filion
dari Kanada yang merupakan pasangan pilihan dengan 310.65 mata. Pasangan dari
England, Sarah Barrow-Tonia Couch pula mengutip pingat perak selepas mengumpul
307.92 mata.
"Kami agak gementar pada
mulanya kerana bersaing dengan juara dunia seperti penerjun Kanada... tetapi
ini memberi pengalaman baik untuk kami berdua," katanya.
Satu lagi pasangan negara,
Leong Mun Yee-Cheong Jun Hoong pula menduduki tempat keempat dengan 298.92
mata.
Sementara itu, Datuk Nicol
Davis tewas buat kali pertama dalam Sukan Komanwel apabila dia dan pasangannya
Low Wee Wern kecundang 11-8, 11-5 dalam masa 17 minit dalam acara beregu wanita
kepada beregu India, Dipika Pallikal-Joshana Chinappa.
Nicol dan Wee Wern memenangi
perlawanan pertama mereka kelmarin ke atas Megan Craig-Kylie Lindsay dari New
Zealand tetapi semalam mereka jelas tidak mampu menyaingi pilihan keempat itu,
walaupun kemenangan ke atas wakil Sri Lanka, Mihiliya Methsarani-Nadindhi
Udangawa dalam perlawanan terakhir di peringkat kumpulan akan mengesahkan
tempat mereka di suku akhir.
"Momentum hari ini adalah
milik pihak lawan. Sesiapa sahaja boleh menang dalam perlawanan beregu,"
katanya.
Dalam acara pingpong, pasangan
Lee Wei Beh dan Muhd. Shakrin Ibrahim akan beraksi menentang pilihan kedua dari
Singapura Feng Tianwei-Zhan Jian dalam pusingan ketiga hari ini.
SUMBER-
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140731/su_02/Pandelela-Dhabitah-raih-gangsa-Nicol-Wee-Wern-tumpas#ixzz38znT06Vm
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment