MESSI (dua dari kanan) cuba
melepasi kawalan empat pemain Jerman ketika Argentina tewas 0-1 pada final
Piala Dunia 2014 di Stadium Maracana awal pagi semalam.
RIO DE JANEIRO - Kapten
Argentina, Lionel Messi tidak dapat menyembunyikan kekecewaan selepas tewas 0-1
kepada Jerman pada final Piala Dunia 2014 di Stadium Maracana awal pagi
semalam.
Penyerang Barcelona itu
berkata, kegagalan barisan serangan menyempurnakan beberapa peluang terbaik
untuk menjaringkan gol menjadi punca kekalahan pasukan itu.
Messi, Gonzalo Higuain dan
Rodrigo Palacio yang mengetuai serangan Argentina gagal manfaat beberapa
peluang keemasan untuk meletakkan pasukan itu di depan sebelum Mario Goetze
membuktikan kehebatannya untuk menyumbat gol kemenangan Jerman pada minit
ke-113.
"Sangat sedih kerana ia
berakhir dengan cara seperti ini. Saya rasa, kami layak untuk memperoleh lebih
daripada ini.
"Kami memperoleh peluang
yang lebih baik untuk menjaringkan gol berbanding pasukan lawan tetapi kami
gagal untuk menyempurnakan peluang itu," kata Messi.
Messi yang memenangi Anugerah
Bola Emas sebagai pemain terbaik kejohanan berkata, anugerah tersebut tidak
mampu mengubat kesedihannya.
"Sebenarnya anugerah ini
langsung tidak menarik minat saya ketika ini.
"Kami mahu memenangi trofi
Piala Dunia 2014 untuk seluruh rakyat Argentina tetapi kami gagal.
"Kami telah mencuba tetapi
kami tidak bernasib baik seperti perlawanan sebelum ini," ujarnya.
Messi berkata, seluruh pasukan
turut berasa kecewa kerana gagal menjulang trofi Piala Dunia selepas 24 tahun
berusaha untuk melayakkan diri ke final."Selama 24 tahun kami
gagal melepasi peringkat separuh akhir dan kini kami berada di pentas final."Bagaimanapun, kami sangat
kecewa kerana tewas pada minit-minit terakhir masa tambahan," jelasnya. -
AFP
Sumber-www.kosmo.online 15.7.14
No comments:
Post a Comment