Ad

Monday, 14 July 2014

Kuasa JERMAN

 
KAPTEN Jerman, Philipp Lahm (dua dari kanan) menjulang trofi sambil rakan-rakan sepasukannya bersorak selepas kejayaan Jerman muncul juara Piala Dunia 2014 di Stadium Maracana awal pagi semalam.

JERMAN melakar sejarah baharu apabila muncul sebagai pasukan pertama dari benua Eropah muncul juara Piala Dunia di bumi Amerika Selatan.

Kejayaan penuh gemilang itu dicapai selepas Jerman melakar kemenangan 1-0 ke atas Argentina hasil jaringan Mario Goetze pada aksi final di Stadium Maracana, Rio de Janeiro awal pagi semalam.

Ternyata perancangan selama 10 tahun telah membuahkan hasil lumayan buat pengendali Jerman, Joachim Loew yang tampil selaku penolong jurulatih pada 2004 sebelum menerajui The Team dua tahun kemudian.

“Kami sudah bersama-sama selama 50 hari (sebelum Piala Dunia 2014) bermula tetapi kami telah memulakan projek ini 10 tahun yang lalu.

“Kami tahu projek ini sudah berada di peringkat terakhir dan sebab itu

kami mampu mencapai kejayaan hari ini (awal pagi semalam),” kata Loew.


Anak-anak buah Loew mara ke pentas separuh akhir pada Piala Dunia 2006 dan 2010 selain melayakkan diri ke final Kejuaraan Eropah (Euro) 2008 dan separuh akhir edisi 2012, sekali gus mengesahkan status mereka sebagai kuasa bola sepak dunia.

Sumber-www.kosmo.com.15.7.14

No comments:

Post a Comment