Ad

Wednesday, 30 July 2014

Peluang tambah emas

Glasgow: Pemain perseorangan wanita negara, Tee Jing Yi memastikan maruah Malaysia selaku gergasi badminton Komanwel terpelihara apabila mengutip mata kemenangan pingat emas di Arena Emirates, awal pagi semalam.

Dia yang kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas meninggalkan kem negara tahun lalu menewaskan Sara Walker 21-16, 21-17 untuk menundukkan England 3-1.
“Kemenangan ini amat penting bukan saja buat negara, tapi diri sendiri. Ramai yang meragui kemampuan kami selepas Datuk Lee Chong Wei menarik diri kerana kecederaan.

“Tapi hari ini kamu sudah buktikan tanggapan itu salah. Kejayaan mempertahankan pingat emas acara berpasukan campuran ini meningkatkan motivasi kami untuk memburu emas acara individu pula,” katanya.
 Foto
BARISAN pemain badminton negara selepas memenangi pingat emas.

Skuad negara bermula agak goyah apabila beregu campuran Chan Peng Soon-Lai Pei Jing tewas 14-21, 26-28 kepada Chris Adcock-Gabrielle Adcock.Chong Wei Feng sekali lagi tidak menghampakan apabila menyamakan kedudukan 1-1 menundukkan Rajiv Ouseph 21-17, 19-21, 21-19.Mata kedua muncul selepas itu menerusi pasangan Goh V Shem-Tan Wee Kiong menewaskan Adcock-Andrew Ellis 21-19, 21- 17 sebelum Jing Yi menamatkan cabaran England.

Kemenangan itu menyaksikan kemampuan skuad negara menambah dua atau tiga pingat emas lagi menerusi acara perseorangan dan beregu berdasarkan peningkatan ditunjukkan.Menurut jurulatih Jeremy Gan kemenangan acara berpasukan campuran itu nyata memberi suntikan motivasi tambahan kepada pemain.“Keyakinan saya tinggi menerusi Wei Feng dan V Sham-Wee Kiong. Saya juga harapkan Jing Yi serta pasangan beregu wanita Vivian Hoo-Woon Khe Wei menyerlah nanti.”

Sumber-Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/30

No comments:

Post a Comment