Astana: Pemain bola tampar
wanita Kazakhstan menjadi sasaran kritikan ramai kerana dianggap terlalu cantik
untuk bergelar seorang atlet.
Malah jurulatih pasukan bola
tampar kebangsaan Kazakhstan, Nurlan Sadikov juga berpendapat kecantikan Sabina
Altynbekova, 17, mengganggu fokus pertandingan.
Sabina mula mendapat perhatian
dunia maya sejak gambarnya beraksi dalam Kejohanan Bola Tampar Wanita Bawah 19
Tahun Asia 2014 di Taiwan tersiar di Internet baru-baru ini.
Namun kecantikan yang dimiliki
Sabina turut membawa impak negatif kepada pasukannya.
SABINA
Menurut Nurlan, pasukan bola
tampar wanita Kazakhstan sukar beraksi cemerlang dalam keadaan begitu.
“Reaksi penonton seolah-olah
hanya ada seorang pemain dalam pasukan dan kejohanan ini,” katanya.
Akhbar di Kazakhstan juga
melaporkan penonton hadir ke sesuatu perlawanan hanya untuk melihat Sabina dan
tidak menghiraukan tentang perjalanan pertandingan.
Sabina bagaimanapun berharap,
segala populariti dan perhatian yang diterimanya tidak mengganggu fokusnya
sebagai seorang atlet bola tampar.
“Pada mulanya saya gembira dan
rasa dihargai tetapi lama-kelamaan ia mula melampaui batas.
“Saya mahu fokus kepada karier
dan mahu dikenali sebagai seorang atlet bola tampar, bukan kerana paras rupa,”
katanya.
Populariti Sabina mula
berkembang di laman sosial apabila berita mengenainya mula tersebar luas di
Internet menyebabkannya tidak menang tangan menjawab semua pertanyaan
peminatnya di seluruh dunia
Mengaku beragama Islam, Sabina
turut menunjukkan keprihatinannya kepada isu Gaza. “Sayangi Palestin, Tuhan
bersama kalian,” katanya melalui Twitter. - Agensi
SUMBER-
Artikel ini disiarkan my METROpada
: 2014/07/30
No comments:
Post a Comment