ATLET Malaysia di upacara
pembukaan Sukan Komanwel Glasgow beri penghormatan kepada mangsa tragedi MH17
dengan barisan pertama atlet dalam perarakan kontinjen memakai pakaian seragam
Penerbangan Malaysia (MAS) dan lilitan kain hitam di lengan. - Foto Rosli Ahmad
Glasgow: Majlis pembukaan Sukan
Komanwel 2014 di sini, pagi tadi turut memperingati mangsa yang terbabit dalam
tragedi Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, kata penganjur.
Presiden Persekutuan Sukan
Komanwel, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar, berkata penghormatan diberikan
kepada semua mangsa, yang kebanyakannya dari Malaysia dan negara Komanwel lain.Pesawat berkenaan berlepas dari
Amsterdam ke Kuala Lumpur, bersama 298 penumpang dan anak kapal - kebanyakannya
warga Belanda - terhempas di kawasan dikuasai puak pemisah di utara Ukraine,
Khamis lalu.Negara barat berkata, bukti
menunjukkan ia ditembak jatuh menggunakan pelancar roket oleh pemisah
pro-Russia.Tragedi itu berlaku selepas
pesawat MAS MH370 hilang pada Mac, bersama 239 penumpang dan anak kapal.
Dua tragedi
“Saya dari Malaysia dan ia satu
lagi peristiwa sedih terhadap negara kami, dan untuk penerbangan itu,” kata
Tunku Imran ketika sidang akhbar di Glasgow.“Ia adalah perkara yang amat sukar
melalui dua tragedi dalam tempoh sebulan antara satu sama lain.” David
Grevemberg, Ketua Eksekutif Glasgow 2014, berkata: “Kami memberikan
penghormatan.”
Temasya itu dibuka secara rasmi
oleh Ratu Elizabeth II pada majlis di Stadium Celtic Park, yang disaksikan
kira-kira satu bilion penonton televisyen.Sebahagian besar daripada mangsa yang
bukan dari Belanda adalah dari negara Komanwel.Daripada 298 penumpang, 43
menggunakan pasport Malaysia, 27 Australia, 10 British dan masing-masing
seorang dari Kanada dan New Zealand. Ada juga seorang mangsa memiliki dua
kerakyatan Afrika Selatan dalam pesawat malang itu. Kuala Lumpur pernah menjadi
tuan rumah pada Sukan Komanwel 1998.
No comments:
Post a Comment