Tragedi Malaysia Airlines MH17
telah menarik perhatian dan simpati pelbagai pihak dari serata dunia,
menyebabkan ramai tertanya mengapa kemalangan yang begitu dahsyat boleh
berlaku.
Saat jari menuding dan pemimpin
dunia mencari pihak untuk disalahkan, ramai jua yang tertanya-tanya mengapa
penerbangan dari Amsterdam ke Malaysia melalui ruang udara Ukraine.
Untuk memulakan penerangan ini,
mungkin anda perlu memahami konsep geografikal, iaitu di mana tiga titik
penting berada. Terdapat tiga titik dalam peta ini iaitu lokasi Amsterdam,
tapak kapal terbang terhempas iaitu Ukraine, dan destinasi akhir pesawat iaitu
di Kuala Lumpur.
Seperti yang boleh anda lihat,
tiga titik ini membentuk garisan yang hampir sempurna lurus.Seperti yang diberitahu oleh
stesen televisyen Jepun, NHK, ini bukannya satu kebetulan. Jika anda
menghabiskan banyak masa berjalan atas tanah, anda mungkin tidak akan fikir
tentang jalan terus secara langsung untuk ke destinasi anda, kerana anda
dihalang oleh pagar, bangunan dan sebagainya. Bagaimanapun, apabila merancang
laluan pesawat, syarikat penerbangan biasanya memilih laluan dengan jarak
paling singkat, kerana jet tidak ada masalah untuk terbang menembusi awan
kumulus nimbus.Dan ini jelas apa yang
sememangnya dilakukan oleh penerbangan MH17: mengambil jalan paling terus ke
Malaysia. Sudah tentu, bukan semua penerbangan mengambil jalan paling singkat,
dan pengalihan arah penerbangan disebabkan cuaca buruk dan situasi kecemasan,
bukan sesuatu yang luar dari kebiasaan.
Oleh itu, ramai tertanya
mengapa MH17 terbang menerusi ruang udara sebuah kawasan yang dikatakan zon
perang yang aktif.
Untuk menjawab persoalan
tersebut, NHK atau Parbadanan Penyiaran Jepun menemubual Hiroyuki Kobayashi,
seorang juruterbang terkenal di Jepun yang pernah terbang di semua laluan
antarabangsa yang telah ditetapkan oleh Japan Airlines (JAL) dan hampir kesemua
laluan domestik Jepun. Beliau telah bersara pada tahun 2003.
Seperti yang diterangkan oleh
pesara penerbangan itu, pesawat penumpang sering melalui ruang udara zon perang
apabila ia disahkan selamat untuk penerbangan altitud tinggi. Kobayashi memberitahu
yang dia sendiri berpengalaman terbang melalui ruang udara Vietnam, Iran dan
Iraq semasa perang berlaku di negara tersebut. Selagi pesawat terbang lebih
tinggi dari altitud 10, 000 meter di kasawan perang, ia sepatutnya berada dalam
keadaan selamat, terutamanya jika telah diputuskan bahawa senjata yang mampu
menembak pesawat tidak digunakan oleh pihak yang berperang.
Walaupun helikopter dan kapal
terbang lain telah diserang dalam konflik Ukraine yang terbaru, tidak ada
sebarang petunjuk bahawa terdapat peluru berpandu yang mampu mengenai pesawat
penumpang dari permukaan kawasan itu, sedang digunakan di situ. Kobayashi juga
menekankan bahawa laluan itu ialah laluan yang sangat biasa digunakan untuk
penerbangan antara Asia Tenggara dan Eropah.
Anda boleh tonton video NHK
yang menerangkan tentang laluan penerbangan tersebut di bawah. Ia berteknologi
rendah, namun menggunakan benang atas glob menyebabkan penerangan itu mudah
difahami.
Kobayashi turut menambah
bahawa, melalui gambaran video kawasan pesawat itu terhempas yang telah
ditonton olehnya, penerangan yang paling sesuai tentang serpihan yang melayang
dan jatuh bertebaran dalam jarak yang luas ialah disebabkan letupan di udara.
Dia bersetuju bahawa pesawat
itu telah ditembak dan kejadian itu akan membawa impak yang besar kepada banyak
syarikat penerbangan yang menggunakan laluan di kawasan tersebut.
Pihak kami sengaja menggunakan
headline sebegini bagi menarik pembaca membaca penjelasan ilmiah ini.
Sesungguhnya para peminat teori konspirasi dan keyboard warior yang gemar
menyalahkan kerajaan dan MH17 meminati headline sebegini.
Jika anda sayang akan Malaysia
dan MAS, mohon tolong kami sebarkan artikel ini. Jadikan artikel ini viral.
Tragedi MH17 bukan salah kerajaan, bukan salah MAS. Ini ialah salah penjenayah
yang tidak berhati perut! SEBARKAN.
SUMBER- http://pingbusuk.org/v/925121/terbongkar-inilah-sebab-sebenar-kenapa-mh17-melalui-ruang-udara-ukraine.html
No comments:
Post a Comment