GAMBAR fail menunjukkan empat
lelaki ditahan pada Januari 2011 ketika cuba menjual kulit harimau dan beberapa
organ haiwan tersebut di Chandrapur, India.
NEW DELHI - Secara purata
hampir dua ekor harimau dibunuh dalam tempoh seminggu di negara-negara Asia
disebabkan permintaan tinggi, lapor Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF).
Senario itu menjadi ancaman
terbesar bagi harimau disebabkan kekurangan maklumat tepat mengenai spesies
berkenaan di beberapa negara, lapor agensi media, Press Trust of India (PTI).
Statistik yang dibuat oleh
pihak pengurusan hidupan liar menunjukkan hampir 1,590 ekor harimau telah
dibunuh antara Januari tahun 2000 dan April 2014, namun jumlah tersebut
dikatakan akan meningkat dari semasa ke semasa.
"Kami bimbang sekiranya
negara berkenaan tidak menyimpan data mengenai haiwan ini, mereka akan lebih
terdedah kepada pencerobohan tanpa mereka sedari," kata wakil WWF.
Negara seperti India, Nepal dan
Rusia menjadi antara negara yang mengemas kini maklumat mengenai populasi
haiwan liar tersebut.
Bagaimanapun, rekod populasi
harimau di Malaysia, Indonesia, Thailand, Myanmar, Laos, Kemboja dan Vietnam
tidak dikemas kini dengan betul, ujar wakil WWF.
Secara keseluruhan, jumlah
populasi harimau di seluruh dunia dianggarkan cuma 3,200 ekor pada tahun 2010.
"Sekitar tahun 2010,
banyak negara tidak membuat kaji selidik harimau secara sistematik.
"Kini kami cuba sedaya
upaya untuk mendapatkan maklumat sehingga kami berjaya mengenal pasti jumlah
sebenar haiwan liar ini termasuk habitat selain berusaha untuk memberi
pelindungan kepada mereka," kata Ketua WWF Inisiatif Mengekalkan Harimau Liar,
Michael Baltzer. - Bernama
SUMBERhttp://www.kosmo.com.my 31.7.14
No comments:
Post a Comment