NUR Suryani Taibi (kanan)
meraikan kejayaan memenangi pingat gangsa acara menembak Air Rifle 10m Sukan
Komanwel bersama-sama pemenang pingat emas Apurvi Chandela (tengah) dan Ayonika
Paul di Barry Buddon Shooting Centre di Carnoustie, Scotland semalam. - AFP
GLASGOW - Atlet menembak
kebangsaan, Nur Suryani Taibi meraih pingat gangsa dalam acara Air Rifle 10m
individu wanita di Barry Buddon Shooting Centre, Carnoustie, dekat sini
semalam.
Nur Suryani mencatat 184.4 mata
manakala pingat emas dan perak dimenangi oleh atlet dari India, Arpuvi Chandela
dan Ayonika Paul, masing-masing dengan 206.mata dan 204.9 mata.
Nur Suryani berkata, dia
berharap kejayaan itu dapat memberikan motivasi kepada atlet menembak lain
untuk mempamerkan prestasi yang lebih baik.
"Saya sangat berpuas hati
dengan pencapaian hari ini, memang tidak menafikan penembak dari India
merupakan atlet terbaik dunia.
"Masih ramai lagi atlet
menembak yang hebat belum beraksi, saya yakin mereka akan meraih kejayaan yang
lebih baik kepada kontinjen," katanya kepada pemberita semalam.
Nur Suryani berkata, dia turut
yakin skuad menembak mampu meraih pingat emas pada Sukan Komanwel kali ini.
Dalam pada itu, seorang lagi
atlet menembak kebangsaan, Eddy Chew, hampir meraih pingat gangsa bagi acara
Air Pistol 10m individu lelaki.
Bagaimanapun, Eddy terpaksa
berpuas hati dengan kedudukan keempat selepas mengutip 154 mata manakala
Jonathan Wong di tempat ketujuh dengan 94.3 mata.
Pingat emas dimenangi oleh
Daniel Repacholi dari Australia dengan 199.5 mata manakala pingat perak menjadi
milik Prakash Nanjappa dari India dengan 198.2 mata. - BERNAMA
Sumber-Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140728/su_02/Nur-Suryani-raih-gangsa-Air-Rifle-10-meter#ixzz38iL7gml9
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment