Oleh Aziman Rosdi
Kuala Lumpur: Seperti diduga
tidak banyak kejutan dalam senarai pilihan pemain jurulatih baru kebangsaan
Dollah Salleh yang diumum semalam sekali gus mengundang persepsi sama ada skuad
kebangsaan mampu mengorak langkah ke depan atau kekal di tahap sama.
Daripada 23 pemain dipanggil
bagi kem latihan pusat 1 Ogos ini, hampir kesemuanya muka lama termasuk empat
pemain dipanggil semula iaitu Mohd Muslim Ahmad, Norshahrul Idlan Talaha, R
Gopinathan dan S Chanturu.
Alasan masa terlalu singkat
mendorong Dollah yang menandatangani kontrak pada 1 Julai lalu, tidak boleh
membuat rombakan drastik ke atas pasukannya bagi mengharungi ujian pertama
dalam aksi persahabatan antarabangsa menentang Tajikistan, 8 Ogos ini.
Bagi bekas pemain kebangsaan
Datuk M Karathu, beliau menganggap pemain dipilih yang terbaik dimiliki negara
ketika ini dan berharap Dollah diberi masa untuk menilai setiap pemain bagi
membuat sebarang perubahan ke atas skuad Harimau Malaya sebelum ke Kejohanan
Piala AFF, November ini.
“Itulah pemain yang kita ada.
Saya percaya pemilihan pemain
ini hanya untuk perlawanan dengan Tajikistan dan kemudian Dollah akan membuat
penilaian sama ada mahu mengekalkan pemain lama atau memanggil muka baru bagi
tugasan antarabangsa selepas itu.
“Mungkin Dollah memilih pemain
yang beliau sudah kenal corak permainannya lantaran tidak sempat menilai
prestasi pemain kerana dilantik selepas Liga Malaysia berakhir.
Mungkin apabila Piala Malaysia
bermula, beliau boleh memilih pemain mengikut prestasi semasa,” katanya kepada
Arena Metro semalam.Berdasarkan senarai dikeluarkan Persatuan Bolasepak
Malaysia (FAM) kelmarin, barisan pemain hampir sama digunakan Dollah apabila
nama seperti Mohd Safee Sali, Safiq Rahim, S Kunanlan dan Ahmad Fakri Saarani
terus diberi peluang.
Mereka perubahan bakal berlaku
jika FAM melantik jurulatih asing dan bukannya tempatan, namun persepsi itu
disangkal Karathu yang juga bekas jurulatih Perak, Woodlands Wellington FC dan
Kelantan.“Mana-mana jurulatih mahu memilih pemain terbaik untuk menyarung jersi
kebangsaan dan begitu juga dengan Dollah.“Tidak guna memilih muka baru jika
prestasinya tidak begitu bagus.
PENGALAMAN Dollah bimbing
pasukan bawahan muncul juara jadi sandaran Harimau Malaya.
Kalau kita guna jurulatih
asing, mereka perlu mendapat nasihat orang lain juga, tapi kalau jurulatih
tempatan beliau sudah tahu tahap kemampuan seseorang pemain itu,” katanya.
sumber-Artikel ini disiarkan pada :
2014/07/18
No comments:
Post a Comment