Ad

Tuesday, 15 July 2014

Piala Dunia: Warga Brazil rela Jerman sambar trofi

 Piala Dunia: Warga Brazil rela Jerman sambar trofi
Piala Dunia: Warga Brazil rela Jerman sambar trofi
Penyokong Argentina dan Brazil bergaduh di Rio de Janeiro, awal pagi semalam.
Rio De Janeiro: Penyokong skuad Brazil yang lega dengan kekalahan musuh ketatnya itu, bertindak meraikan kekalahan Argentina kepada Jerman dengan menari serta mengadakan pertunjukan bunga api.

Di Brasilia dan Sao Paulo, percikan bunga api mula kelihatan selepas Mario Goetze menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan, sekali gus memberikan Jerman kemenangan di saat akhir di Stadium Maracana, di Rio de Janeiro.

Di bar yang terletak berdekatan stadium, penyokong Brazil melaungkan “Menangis! Menangis! Argentina!” berlatar belakangkan lagu “Don’t cry for me Argentina.”

Sementara itu, ribuan penyokong yang membanjiri pantai Copacabana, bagi menyaksikan perlawanan akhir hanya diam membisu ketika penyokong Brazil mula bernyanyi dan menari kegembiraan. Malah, ada yang turut mengibarkan bendera Jerman.

Seteru lama
 “Syukur kepada tuhan, syukur kepada tuhan Jerman menang,” kata Caio Ferraz, 45.
 “Sekiranya Argentina menang, mereka akan mentertawakan kami untuk bertahun lamanya,” kata Ferraz, yang turut memakai jersi kelab Flamengo, yang menyerupai jersi pasukan Jerman.
Ketegangan tercetus apabila berlaku pergaduhan antara penyokong Brazil dan Argentina di Copacabana dan di luar Stadium Maracana.

Menurut laporan di laman web akhbar G1, pihak polis turut melepas gas pemedih mata untuk meleraikan kumpulan penyokong yang bergaduh berdekatan stadium.


Sementara itu, di Copacabana, lebih 50 peminat bertindak melemparkan kerusi dan botol ke arah kumpulan masing-masing hingga menyebabkan kecederaan. - AFP

No comments:

Post a Comment