Ad

Tuesday 29 July 2014

penentuan emas esok

GLASGOW 28 Julai - Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David berada di landasan yang betul untuk mempertahankan pingat emasnya selepas melangkah ke final pada temasya Sukan Komanwel ke-20 di sini, Ahad.

Dalam saingan separuh akhir, Nicol, selaku pemain nombor satu dunia, menampilkan aksi cemerlang untuk menyingkirkan pemain New Zealand, Joelle King, dengan kemenangan straight-set 11-6, 11-8 dan 11-5.

"Saya terpaksa memperagakan permainan yang terbaik selepas Joelle memberi tentangan sengit pada dua set pertama.

"Saya terpaksa bekerja keras dan mengawal perlawanan apabila melihat dia begitu berazam dan yakin," kata Nicol kepada pemberita selepas pertarungan selama 39 minit itu.

Nicol akan berdepan dengan pemain England, Laura Massaro, pada final esok. - BERNAMA
ArtikelPenuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140728/sl_03/Komanwel-Nicol-jumpa-Laura-di-penentuan-emas-esok#ixzz38oHbVGFo

© Utusan Melayu (M) BhdArtikel ini disiarkan pada : 2014/07/28

No comments:

Post a Comment