23 Julai 2014
Gerrard Gerrard
BEKAS tonggak Liverpool, Jamie
Carragher berkata, keputusan Steven Gerrard bersara daripada skuad kebangsaan
England memberi keuntungan buat The Reds.
Kelmarin, Gerrard, 34,
mengumumkan bahawa dia tidak lagi mahu terlibat dengan tugasan antarabangsa
sebaliknya mahu fokus membantu kelab dalam saingan Liga Juara-Juara dan Liga
Perdana Inggeris (EPL).
Gerrard mengumpul 114 caps dan
menyumbang 21 gol sepanjang pembabitannya selama 14 tahun bersama The Three
Lions.
"Bagi Liverpool, keputusan
itu sudah semestinya memberi keuntungan besar buat mereka.
"Saya percaya, ia juga
menggembirakan penyokong Liverpool kerana mereka akan dapat melihat Gerrard
yang lebih segar dan tidak terbeban dengan tuntutan bersama skuad kebangsaan.
"Musim lalu, dia beraksi
dengan baik namun dibebani dengan tugasan antarabangsa. Tiada fokus di situ!
"Apa pun, Gerrard masih
lagi nadi utama pasukan dan saya yakin dia boleh bertahan dalam tempoh dua atau
tiga tahun lagi," ujarnya.
Kata Carragher lagi, individu
yang paling gembira selepas mendengar pengumuman itu sudah semestinya
pengendali Liverpool, Brendan Rodgers.
Untuk rekod, Gerrard kini
merupakan pemain ketiga di belakang Peter Shilton dan David Beckham yang paling
banyak terpilih mewakili England.
Pada temasya Piala Dunia yang baru
sahaja selesai beberapa minggu lalu, Gerrard bermain sebagai kapten pasukan.
Gerrard pertama kali terpilih
mewakili England di bawah kendalian Kevin Keegan pada tahun 2000 menentang
Ukraine dan dilantik sebagai kapten pasukan di bawah Roy Hodgson.
Dia bermain sebagai kapten
England sebanyak 38 kali.
Sepanjang kariernya di
peringkat antarabangsa, Gerrard sentiasa dikritik dan dipersoalkan sama ada dia
mampu bermain bersama-sama Frank Lampard di formasi tengah kerana corak
permainan mereka yang hampir sama.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 23.7.14
No comments:
Post a Comment