2.2 Penentangan terhadap kuasa asing
Hasil pembelajaran
Menilai sebab-sebab penentangan
nasyarakat tempatan terhadap kuasa asing di Negeri-negeri Melayu, Sabah dan
Sarawak.
Penentangan di Naning terhadap British (1531 - 1532)
Naning ialah sebuah kawasan
penempatan Minangkabau yang terletak antara Melaka dengan Rembau.[1] Dol
Said atau nama sebenarnya Abdul Said berasal daripada keturunan suku Seri
Melenggang. Beliau telah dilantik menjadi penghulu yang baru selepas Dato Anjak,
Penghulu Naning meninggal dunia. Pada tahun 1831, penduduk Naning di bawah
pimpinan Dol Said telah bangun menentang British.
Penentangan mereka ini adalah untuk
mengekalkan adat dan cara hidup tempatan. Mereka juga menentang peraturan dan
undang-undang British yang cuba dipaksa ke atas mereka. Perjuangan Dol Said
selama dua tahun ini lebih berbentuk perang gerila. Namun, penentangan orang
Naning gagal. Dol Said terpaksa berundur ke Seri Menanti dan akhirnya menyerah
diri kepada pihak British. Dol Said diberi pencen dan rumah di Melaka.[2]
Sebab-sebab Penentangan di Naning terhadap British
British mencabar kedaulatan
Naning
1.Selepas perjanjian
Surat-Surat Kew, British menduduki Melaka antara tahun 1795 - 1818. Kolonel
Thylor yang menjadi pemerintah British di Melaka telah melawat Naning pada
tahun 1801.
2.Dalam lawatan tersebut,
Taylor telah menandatangani perjanjian dengan Naning. Naning bersetuju taat
kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris. Naning juga bersetuju membayar hasil
padi empat ratus gantang setahun. Kolonel Thylor melantik Dol Said sebagai
Penghulu Naning menggantikan bapa saudaratrya, Dato Anjak.
3.Semasa Robert Farquhar
menjadi Residen Melaka, beliau berusaha memperkukuhkan pengaruh British di
Naning. Beliau telah menamatkan kutipan cukai 45 1/2 sen ke atas setiap perahu
Naning yang datang ke Melaka. Selain itu, beliau juga menghapuskan ufti tahunan
beberapa ekor kerbau yang dihantar ke Melaka.
4.Robert Farquhar ingin pihak berkuasa
Naning menyerahkan hak membicara dan menjauhi hukuman terhadap kes-kes berat
diserahkan kepada pihak berkuasa Melaka. Secara implisit, Farquhar cuba mengukuhkan
kuasa British ke atas Naning. Perkara ini ditentang oleh Penghulu Dol Said
kerana hak mengadili kes jenayah merupakan hak tradisi tempatan.
5.Namun, SHTI juga tidak
memaksa Penghulu Dol Said kerana menganggap pendudukan mereka di Melaka adalah
sementara sahaja sehingga tamatnya Perang Napoleon. Pada tahun 1818, SHTI menyerahkan
semula Melaka kepada Belanda.
6.Pada tahun t824, British
berjaya menduduki Melaka selepas Perjanjian Inggeris-Belanda. Robert Fullerton,
Gabenor Negeri-Negeri Selat menganggap Naning sebahagian daripada wilayah
Melaka.
7.Bagi Penghulu Dol Said dan
pembesar Naning yang lain, tanggapan British ini tidak berasas. Bagi mereka,
Melaka tetap merdeka. Sejak zaman Belanda lagi, Naning bebas melaksanakan
undang-undang adat dan agama mereka sendiri.[3]
Pelaksanaan undang-undang British
1.British cuba menyekat
pengaruh dan kuasa Penghulu Dol Saird dengan memperkenalkan Peraturan Penghulu.
1.Peraturan Penghulu menetapkan
bahawa Penghulu Naning tidak boleh membicarakan kes-kes jenayah atau awam yang
berat. Tindakan British ini jelas bercanggah dengan adat tradisi tempatan.
2.Pada tahun 1828, Dol Said
telah membicarakan satu kes pembunuhan di Naning. Pihak British berasa marah
kerana mengikut Peraturan Penghulu, kes tersebut sepatutunya dibawa ke Mahkamah
Melaka Penghulu Dol Said didahua telah melanggar undang-undang British.
3.Pada tahun 1829, seorang
hamba berhutang Naning yang bernama Rabeah telah melarikan diri ke Melaka. Anak
Rabeah masih berada ditangan Penghulu Dol Said sebagai jaminan sehingga hutang
sebanyak empat puluh ringgit dilangsaikan.
4.Perselisihan berlaku kerana
British menganggap amalan hamba berhutang ini sebagai satu bentuk penindasan.
5.SHTI juga tidak puas hati
kerana Dol Said tidak menyelesaikan aduan kes kecurian seorang saudagar Cina
bernama Kwi Chang Ho. Penghulu Dol Said mendakwa bahawa saudagar Kwi Chang Ho
tidak memenuhi syarat, iaitu mengemukakan saksi atau mengenal pasti siapakah
pencuri atau memberi keterangan bersumpah. Tarnpa memenuhi syarat tersebut, agak
sukar bagi Penghulu Dol Said mengambil tindakan selanjutnya.
6.Penghulu Dol Said dianggap
sebagai ancaman besar kepada kewibawaan British. Beliau diugut akan dilucutkan
jawatan sekiranya beliau tidak mematuhi undang-undang British.[4]
Ekonomi
1.Pelaksanaan cukai
Gerakan anti-cukai merupakan
salah satu isu penting dalam Perang Naning. British memaksa Naning membayar hasil
satu persepuluh kepada Melaka. Pada tahun 1828, Pemungut Hasil Tanah Melaka,
W.T Lewis telah mencadangkan kepada Fullerton supaya mengutip hasil padi satu
persepuluh daripada Naning setelah beliau membuat bancian dan mendapati hasil
daerah Naning berjumlah 4 500 dolar setahun.Penghulu Dol Said hanya sanggup
membayar seribu enam ratus gantang padi sebagai balasan SHTI tidak campur
tangan dalam hal ehwal Naning.
2 Sistem pemilikan tanah
British ingin melaksanakan
sistem pemilikan tanah bagi memudahkan kutipan cukai. Undang-undang tanah
British berbe za dengan amalan tempatan. Terdapat tanah adat dan tanah pusaka
yang ditadbir secara Adat Perpatih di Naning. Tanah yang tidak diterokai masih
luas di Naning.Peraturan 19 Tahun 1830 diluluskan berkaitan dengan soal
tanah.Undang-undang ini memperuntukkan kuasa kepada British untuk mengutip
cukai sepersepuluh daripada hasil pertanian.
Di samping itu, SHTI juga berhak terhadap
semua tanah kosong, tanah-tanah yang tidak diusahakan, dan tidak ditanam selama
lima tahun akan menjadi milik kerajaan. Peraturan 19 tahun 1830 ditentang hebat
oleh penduduk Naning sehingga mencetus Perang Naning.[5]
Kesimpulan
Kegagalan Dol Said di dalam
penentangan telah menyebabkan Naning kekal di bawah pemerintahan British.
Kemenangan pahlawan-pahlawan Melayu menentang British dalam Perang Naning I
disebabkan wujudnya perpaduan di kalangan orang Melayu. Naning tidak
bersendirian kerana disokong oleh daerah-daerah yang berjiran dengannya. Tetapi
kekalahan dalam Perang Naning kedua tidak wujud lagi perpaduan di kalangan
orang Melayu malah mereka sanggup membantu British menyerang Naning.
[1]Ruslan
Zainuddin dan Abd Sukor Yusof, “Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara Penggal 3,”
(Oxford Fajar Sdn. Bhd.,Shah Alam, 2014),49.
[2] Ong
Loo Chen, “Teks Sejarah Malaysia Dan Asia Tenggara”Penggal 3,(Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd., Bandar Baru Bangi,
2014),70.
[3] Ibid.
[4] Ong
Loo Chen, “Teks Sejarah Malaysia Dan Asia Tenggara”Penggal 3,(Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd., Bandar Baru Bangi,
2014),71.
[5] Ibid.
No comments:
Post a Comment