Ad

Wednesday 30 July 2014

latihan pengukuhan Masyarakat Agraria

1.Bandingkan ciri-ciri masyarakat agraria di Belanda dan di China.[20]

       Masyarakat agraria ialah masyarakat yang berasaskan pertanian, penternakan dan pemungutan hasil hutan dan sungai. Kebiasaannya petempatan terbentuk di sekitar kawasan yang subur, misalnya di lembah-lembah sungai, kawasan berbukit, Serta kawasan yang mempunyai sistem saliran yang baik. Belanda telah mengalami ledakan ekonomi pada tahun 1585 selepas berjaya melepaskan cengkaman pemerintahan Raja Phillip II dari Sepanyol. Rvolusi Pertanian yang berlaku telah menaikkan taraf hidup masyarakat Belanda di Eropah. Revolusi teknik pembinaan kapal,telah menjadikan Belanda sebagai kuasa perdagangan di Eropah yang membawa kepada perkembangan pelabuhan di Amsterdam. Belanda mencapai zaman kegemilangan ekonomi pada abad ke-16 hingga ke-17. Manakala, negara China merupakan negara ketiga terbesar di dunia dan terbesar di Asia Timur. Keluasan negara China ialah 9 595 960 kilometer persegi atau 3 599 975 batu persegi. Namun demikian, dua pertiga daripada China merupakan kawasan pergunungan dan gurun di sebelah barat dan utara. Kawasan tertinggi ialah dataran Tibet dengan ketinggian purata 4000 meter atau 13 000 kaki. Manakala gurun di China terdapat di bahagian utara, iaitu Gurun Gobi dan di bahagian barat laut, iaitu Gurun Taklamakan. Hampir keseluruhan China bergunung-ganang dan kawasan yang sesuai untuk pertanian hanyalah 15 peratus sahaja keluasannya. Terdapat persamaan dan juga perbezaan antara ciri-ciri masyarakat agraria di Belanda dan China.

       Persamaan antara masyarakat agraria Belanda dan China ialah kedua-duanya menjalankan ekonomi pertanian. Kedua-dua negara ini juga menjalankan aktiviti mengekspot hasil pertanian .mereka. Tumpuan utama masyarakat agraria Belanda ialah tanaman bijiirin seperti gandum, barli, oat yang menjadi sumber utama pertanian.Belanda Tanaman lain pula yang diusahakan ialah kobis, kekacang, jagung dan bunga-bungaan.Manakala tanaman utama yang diusahakan oleh masyarakat agraria di China ialah padi sawah yang banyak ditanam di kawasan lembah Sungai Yangtze dan Sungai Kuning.Tanaman lain turut diusahakan seperti tanaman kapas, tebu, teh, gandum, barli, sekoi dan bijirin lain. Masyarakat China,yang tinggal di tanah tinggi Utara China, mereka menanam padi huma sekoi dan kekacang terutama di sekitar Sungai Heilongjiang.

       Selain itu, kedua-dua negara tersebut juga menjalankan industri swasta seperti industri tekstil. Contohnya di Belanda , pada kurun ke-17, industri tekstil di Leiden berjaya dikembangkan  terutamanya dalam pengeluaran kain-kain jenis woolen, says, fustians dan camlets.Perkara ini telah mendorong pertambahan pengeluaran kain sehingga meningkat sebanyak 130 ribu pada tahun 1660-an. Selain Leiden, Haarlem telah menjadi bandar pengeluaran kain linen utama untuk dipasarkan ke Eropah. Manakala di China Soochow muncul sebagai pusat industri tekstil dan perusahaan kain kapas, kain sutera, dan pakaian diusahakan oleh petani di Kiangnan.
       Perbezaan lain ialah masyarakat agraria di Belanda menjalankan ekonomi penternakan
dan perikanan,Manakala di China menjalankan ekonomi perusahaan pertukangan dan penubuhan persatuan. Contohnya di Belanda, penternakan lembu susu diusahakan untuk pengeluaran bahan ternusu. Belanda menjadi tempat utama pentemakan lembu. Lembu-lembu daging yang ditemak akan disembelih dan dieksport ke kawasan-kawasan di selatan. Pengeksportan lembu-lernbu yang telah disembelih dan diproses berlaku antara tahun 1500 hingga 1660. Selain itu di Belanda juga, dianggarkan satu per lima daripadanya terlibat dengan industri perikanan yang menguntungkan Belanda.

       Manakala di China masyarakat agraria juga melakukan aktiviti perusahaan pertukangan yang diusahakan secara perkongsian antara dua orang atau lebih dan kebanyakan mereka mengetahui cara perkongsian modal bersama atau joint stock. Mereka turut berkongsi tanggungjawab terhadap kemajuan perniagaan. Selain itu di China juga seluruh perusahaan di China bergabung membentuk kesatuan. Antaranya ialah persatuanpenenun,kesatuan peniagabank,kesatuan peniaga pakaian,dan
kesatuan peniaga emas.


       Kesimpulannya,persamaan antara masyarakat   agraria Belanda dan China  ialah dari segi ekonomi pertanian dan industri swasta. Manakala perkara yang membezakan masyarakat agraria di Belanda dan China ialah dari segi pelaksanaan ekonomi penternakan lembu dan perikanan di Belanda serta  perusahaan pertukangan dan penubuhan persatuan perusahaan di China.Ekonomi agraria Belanda lebih terbuka, sedangkan ekonomi agraria China lebih tertutup. Kedua-dua masyarakat Belanda dan China memberi tumpuan kepada bidang pertanian yang memberi  pendapatan yang lumayan kepada mereka.

No comments:

Post a Comment